Bukittinggi dan Padang, Indonesia vs MALAYSIA
September 8, 2008
Aku terpegun dengan…
Keadaan toilet / kamar kecil yang sangat la bersih di mana2 pun sekitar Bukittinggi. Walaupun tempat tak la se’gah’ mana macam di Malaysia, tapi…toilet di sana perlu dicontohi. Mungkin kesedaran sivik perlu diterapkan kepada masyarakat disini. Malu seh bile orang luar pergi toilet Malaysia, kotor dan berbau… Errghhhh… Serious, aku dan teman2 lain xde hal la kalau nak singgah di mana2 untuk melepaskan hajat semasa berada disana. Bile keluar aja dari kamar kecil, muka tersengih. Lepas tu cakap…”Bersih giler toilet dia”…Walaupun orang anggap perkara ini kecil saja, namun besar impaknya!
Aku seronok bila..
Naik kereta kuda. Inilah pertama kali aku menaikinya. Di tengah2 kesibukan pekan Bukittinggi yang penuh dengan kereta, teksi, kereta tolak mee bakso dan sebagainya, kereta kuda turut memenuhkan ruang jalan raya. Selesai membeli belah di Pasar Atas, aku dan Farah sudah tidak punya tenaga lagi untuk menjinjing beg plastik kiri dan kanan tangan yang penuh dengan barang2..Udah capek..(Bayangkan betapa kuatnya aku dan Farah shopping sampai penat..Oopss)..Kami berdua menaiki kereta kuda untuk pulang ke hotel Ambun Suri. 10,000Rupiah = RM4 untuk 2 orang. Murah kan? Kalau naik kereta lembu di Melaka, mungkin lebih RM5. Kereta kuda ni muat2 je untuk 2 orang. Kaki aku panjang. Farah risau je kalau terkeluar.. Semasa dalam perjalanan, aku gelak dengan Farah bila mana “Kereta kuda ni boleh U-turn kan?”..”Kereta kuda ni pun queue masa nak belok ke kanan jalan”…
Aku kenyang dengan…
Nasi Padang. Apabila sudah 4 kali berturut-turut makan nasi padang, aku sudah tidak mahu lagi. Jika di sini, harganya mahal tapi di sana jauh lebih murah. Erm.. Lebih 10 hidangan lauk sekali hidang di makan bersama nasi putih. Memang tak lalu bangun kalau makan terlampau banyak. Dendeng, Otak lembu, Gado-gado, Jering masak lemak, Bergedil, Kentang goreng nipis2 masak sambal, Sambal belacan kaler hijau, Tauhu dan tempe goreng, Ikan masak lemak, Daging rendang pedas, Ayam goreng berempah, Ayam percik, Telur masak kari, Telur burung puyuh masak sambal, Sayur pucuk paku masak lemak, Sayur pucuk ubi rebus, Ikan bakar, Udang sambal,…dll. Itulah antara juadah yang dihidangkan kepada kami sepanjang berada di sana. Banyak kan? Mula2 excited la nak makan, tapi lepas 4 kali kami semua surrender. Tak mahu makan nasi padang lagi. Huhu. Bukan apa, sedap memang sedap, tapi jemu. Di Malaysia, 3-4 hidangan sudah cukup kan?? Di sana, mereka makan sikit2 lauknya, tapi macam2 jenis. Itulah salah satu perbezaan antara penduduk di Malaysia dan Indonesia.
Yang penting, bakso memang terbaik.. Sedapnyer… Mee kuning, bakso dan Ayam… Kalau ke sana, kene try tau makan bakso. Jauh lebih sedap dari yang disini. Nana cakap bakso tolak lagi sedap. Aku x sempat nak try. Tapi, bakso di restoran pun sudah cukup bagus untuk aku.. (ayat penyedap hati bagi x terkilan..nnt perlu ke sana lagi sebab nak makan bakso tolak..Haru2…)
Aku terkesima bila…
Melihat keindahan Tasik Malinjau yang sangatlah cantik. Dengan kabus2 yang meliputi awan, tasik yang membiru, angin dingin yang menyelimuti tubuh.. Aduhhh…Buat aku jatuh cinta dengan panorama disitu. Fulllaamaaakk jiwang ker? Ala..sesiapa yang melihat pasti akan tersenyum kegirangan.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah.. Nak pergi ke tasik malinjau, perlu lalu 44 selekoh. Jalannya macam nak pergi Cameron Highland..Lebih sempit dari itu. Rasa cuak bile bas berselisih dengan bas. Tapi, ’Mas’ yang drive rilek je..Heh..Kitorg yang lebey2..Ye la..Jalan macam tu takde kot kat Malaysia..
Aku gembira semasa…
Berada di Jambatan Siti Nurbaya..Sebab nya, makan Jagung bakar dan Pisang Penyek. Sedap ar Pisang Penyek tu.. Pisang Abu tak silap aku, penjual tu kopek kulitnya, penyek dan bakar, letak cheese, chocolate rice, kelapa parut dan gula.. Waaahh. Mende ni takde kat Mesia. Sedap la.. Macam nak lagi.. Hehe. Makan atas jambatan sambil tengok sunset.. Kalau kat sini, nak berenti kat atas jambatan, confirm tak selamat. Silap hari bulan, kene langgar lari. Tapi, di sana, memang cool betul. Siap orang berniaga lagi di kaki2 Jambatan.
Aku pelik dengan…
Rasa Telur Penyu.. Ini juga kali pertama aku makan telur penyu. Rasanya?.. Pelik. Kat Malaysia jarang ada telur penyu. Penyu kan binatang yang pupus. Tapi di tepi pantai di Padang, ramai yang menjual telur penyu rebus. Ini salah satu perkara yang istimewa di situ. Aku pun cuba makan, tapi.. tekak ku tak boleh terima sangat. Elia dan Farah yang biasa makan. Mereka berdua komen, “sepatutnya telur penyu ini dimasak lebih lama dan direbus dengan garam. Barulah sedap”.. Oohhh…mungkin jika dimasak sebegitu, aku akan suka telur penyu…Siapa tahu?..

Bukittinggi dan Padang, Indonesia. 5 Perkara tentang!!
September 5, 2008
5 perkara yang aku observe; menarik tentang Padang dan Bukittinggi.
1. Money is not powerful.
Mata aku x lepas2 memandang ke luar tingkap bas sewaktu dari airport Minangkabau ke Bukittinggi. Hmm…Dalam hati, penuh bersyukur kerana Malaysia telah membangun dengan pesat dan paling penting dalam keadaan sekata. Tidak seperti di sana. Lebih berkelompok.
Walaupun tersangatlah mengantuk, aku memang paksa mata untuk tidak terlelap. Pengalaman ini mungkin sekali seumur hidup. Suasana menghijau begitu menenangkan. Masyarakat di sana, kebanyakannya bertani dan bersawah.
Pak Ucok (tour guide kami) ada mengatakan ‘Money is not powerful here’. Dari cara kehidupan mereka dari pandangan mata kasar aku,…a’a aku megiyakan. Jika mereka mengejar kekayaan, sudah pasti habis tanah di sana mereka jual. Keadaan tidak mungkin sama seperti sekarang.
2. Kesenian dan kehalusan kerja tangan
Tika melawat Rumah Datuk Perpatih di Minang Village, mata tertumpu pada hasil ukiran di setiap penjuru rumah. Indah sekali. Aku ’salute’ siapa yang menghiasinya dengan kerja tangan yang begitu unik dan menarik. Setiap satu bukan sengaja di ukir. Semua punya maksud tersendiri. Ada yang berbentuk kucing sedang tidur dan sebagainya. Entah berapa lama untuk menyiapkan sebuah rumah yang penuh dengan ukiran..Aku tdiak tahu.
Paling menarik, Rumah Perpatih mahupun Rumah Temenggung, senget tingkapnya. Pelik kan? Setelah diterangkan oleh pekerja disitu, barulah aku faham kenapa direka sebegitu rupa. Kawasan Padang dan Bukittinggi, terdedah dengan Gunung Berapi. Jadi, jika berlaku gegaran, kayu yang menjadi tapak rumah akan bergerak mengikut pergerakan tanah. Flexible la senang cakap. Aku hanya berpeluang ke rumah Datuk Perpatih.
3. Musolla/ Surau dan Masjid
Sepanjang perjalanan, di selang beberapa buah rumah, aku lihat banyaknya surau dan masjid. Penduduk disini hampir kesemuanya menganut agama Islam. Melihat kanak2 yang pulang dari sekolah memakai songkok dan baju kurung juga bertudung warna merah hati.
‘Tapi, dalam drama tv, baju sekolah mereka warna brown..perempuannya ber’skirt..Mungkin itu hanya di Jakarta..Aku buat ulasan sendiri..
Pak Ucok cakap…”Anak2 lelaki di sini, bile umur mereka 10 tahun, mereka tidur di musolla dan belajar ilmu agama”..
Barulah aku mengerti kenapa banyaknya surau disini. Setiap satunya diguna pakai.
4. Bertudung=Long sleeve. Free hair=sukatila nak pakai apa.
Bagi kaum perempuan pula, kebanyakannya berjilbab/ bertudung, selaras dengan ajaran Islam.
Ada satu peristiwa di Bukittinggi..beberapa rakanku memakai t-shirt berlengan pendek dan memakai tudung. Mereka ditegur untuk menukar baju jika mahu bertudung..Jika tidak, bisa tidur di penjara malam itu.
Di sana, jika mahu memakai short sleeve, tidak boleh bertudung. Kalau mahu bertudung, perlu betul2 menutup aurat. Ini salah satu budaya yang selaras dengan agama..Patut dipraktikkan di Malaysia aku fikir..Jadi, aku pun akan berlengan panjang selalu bila bertudung…
5. Orang susah membantu orang yang lebih susah
Sama seperti dalam drama Indonesia yang pernah aku tonton, memang ada peminta sedekah di sana. Disebabkan terhimpit dengan keadaan, peminta sedekah menjadi pilihan. Ye, di sana, mereka tidak semewah penduduk di Malaysia. Apa yang aku lihat, mereka sekadar cukup makan dan pakai.
Berbalik kepada peminta sedekah. Mereka dalam keadaan daif. Tapi, aku lihat yang memberi sedekah pula hanya senang sedikit dari si peminta.
Dalam hati berbisik, murni sungguh hati si pemberi. Moga Allah murahkan rezeki mereka..
Makcik kayo.Makcik suko!
August 27, 2008
Suratkhabar maya aku sudah baca. Bukan semua. Hanya berita yang aku anggap penting dan tajuk yang menarik saja. PKR menang kerusi Permatang Pauh. Ye2…DSAI menang..Semua orang sudah agak..Semua orang sudah tahu kenyataan tersebut.
Aku x minat bicara tentang politik. Tak mahu komen apa2. Hanya gemar membaca sahaja. Berbalik kepada diri aku yang tak keluar lunch lagi hari ini..Aku melangut depan laptop pada masa rehat untuk dua hari berturut2 dalam minggu ini.
“Balik nanti, kepingin makan apa yer?”
Semalam aku layan Murni sorang2. Bihun Utara and Fresh Orange. Aku tapau aje. Makan dengan Nana kat rumah. Lepas ni bulan Ramadhan. Rasanya, xde la Bihun Utara sebulan…Tapi, Nana cakap boleh je nak bukak puasa kat Murni…Uish…belum apa2 dah plan nak bukak puasa kat mana.Ngeh ngeh ngeh..
Haaa…. 7hb ni dah roger kawan2 untuk bukak puasa ramai2..Bagus jugak. Dah lama x jumpe teman lama. Gang2 APAcS, aku memang rindu korang!!! Kawan2 ACCA…Kawan2 bukan ACCA…waaa..bagi gegar satu Sunway..Erkkk..
Okay…balik nnt, aku ada plan. Nak pergi ke pengurup wang asing. Mahu tukar wang. Semalam Nana dah tukar RM94 = 250,000 Rupiah. ‘Makcik kayo”..Hoho..Hari ini tak pasti berapa rate nye. Naik atau turun.
Malam pula, aku nak pick Farah kat KL Sentral. Dah lama tak jumpe. Seronok bile dapat bercuti bersama2. Gather ramai2..
2 tahun lepas, pada tarikh yang sama, kita semua pergi PD. Tak pasti kawan2 yang lain ingat atau x, tapi…ingatan itu masih kekal hingga kini. Gembira bersama gadis2 yang sangat menyenangkan. Pengalaman naik banana boat menghidupkan suasana. Puas mandi manda hingga muka macam udang kene bakar. Mula2 tak kisah la..Tapi, petang tu bile sampai Shah Alam…Ya Allah……Pedih sangat.

Bile fikir betapa happy nye masa tu, mula la excited nak berjalan ni. Mak abah ada pesan… STICK WITH FRIENDS bile kat sana.. Ye2…Aku x show off kalau aku syok sangat. Simpan dalam hati..Grrr
Girlssss………………Keje rajin2..Jangan nak malas2..Haha..Mood holiday sudah datang…Keje still on jugak ye!!!
Closing time.
August 26, 2008
Awan hitam. Hujan lebat. Aku stuck kat dalam ofis. Payung dalam kereta. Malas nak basah kuyup keluar pegi lunch. Duduk diam2 la. Perut lapar, aku sumbat biskut sudah.
Termangu depan laptop. Baru rasa dapat bernafas masa ni. Buleh ka?
Dulu tak boleh bayangkan closing macam mana. Ye la. Bile Ally cakap dia tgh setelkan untuk closing, aku x peduli pun. Tapi, Buat2 faham. Sekarang, aku baru rasa. Orang lain bergumbira di akhir bulan, sebab dapat gaji, keluar sana sini, aku kalut. Haha. Baru la betul2 tahu keadaan closing. Naaaah. Rasakan.
Hari ni dah Selasa. Bahang Bukit Tinggi, Indonesia makin terasa. Kawan2 semua termasuk aku..memang teruja nak belanjakan duit yang penat disimpan selama ini. Macam2 dah list. Tapi, xtau jika sangkaan aku meleset tentang Padang. Tunggu saja bile kaki berpijak di sana.
Yehaaa…
Road Hogging by Road Hoggers
July 14, 2008
Road hogging?Road Hoggers?..Apa tu?…
Mai sini nak habaq : You are driving in an area with a speed limit of 90km/h.You are on the right lane or the so-called fast lane, doing 90km/h. Then suddenly you spot a car in front of you doing about 60km/h or slower.
What will you do? – Flash your lights? Honk the driver?…Anything else???
So to define road-hogging: Road-hogging is basically :
- driving slowly on the fast lane of a road
- blocking other drivers
- slowing the whole traffic.
Kenapa citer pasal road hogging???..Actually, petang semalam drive dari Lumut-KL-KJ…Jumpe la dengan road hooggers..Hmpphh..
“Kalau nak bawak slow…boleh tak drive kat left lane???”
Kita yg sedang speed suddenly kene brake mengejut because of these road-hoggers , dengan sesuka hati will turn into the right lane. And most of the time, they don’t look at their mirrors bile memotong.
Bahaya babe.. seriously..
What will u do if this happen to u?…Stay kat belakang kereta tu?..Or…Turn to left lane and memotong? Tapi..kita boleh ke memotong ikut kiri?
Ini juga bahaya saudara dan saudari..
Tapi itu yg selalu kita buat bukan?
4 hours n 40 minutes..Aduh..Bosan….Dengar lagu sampai x larat nak dengar dah.tangan asyik dok tukar channel ajer..Nyanyi sampai x larat..Haha… Along my way ada 6 road blocks.. ENAM babe..Sabar je la..Kalau satu dua boleh terima lagi.Tapi nak wat cane kan..they do their jobs..erm…ye la..Alhamdulillah, selamat sampai akhirnya..
So, the best way to solve this matter…I think drivers should have driving etiquette…Dont be so selfish when ur on the road..Sabar selalu..
~Hidup ini indah bile orang memandu dengan sopan










