Hot Happiness

June 10, 2009

Exam dah setel

Kat ofis keje banyak macam biasa

Sekarang agak sibuk

Dalam minggu depan rilek sket

Ting Ting Ting

Dalam fikiran dah fikir macam nak cuti

Nak buat apa yer

Annual leave satu pun tak amik lagi

Isshhhhh

Sampai study leave pun takde

Dang!

Nak cuti gak

Dalam fikiran dah ada beberapa pilihan

  1. Balik rumah, duduk rumah, makan tdo dengan aman dan selesa
  2. Main game kat rumah sampai menang
  3. Layan series Korea/ Jepun/ Omputih hingga episod terakhir
  4. Pegi jalan-jalan, makan angin ke tempat-tempat menarik
  5. Pegi gym, Tengok movie, jalan-jalan ke mall
  6. Duduk baca buku kat MPH/ Borders/ Times sampai lenguh bontot

Ada 6 pilihan

Ermm

Tak tahu nak buat yang mana satu lagi

Yang mana? Yang mana??….Erkkkkk

Hot Vanilla Coffee

February 28, 2009

Hari ni Sabtu. Sepatutnya semua orang cuti la kan? Tapi, rommate aku berusaha keras. Bile aku bangun dari tidur, dia dah hilang ke ofis. Dan bile bangun, Hawa sudah ada kat rumah. Datang rumah aku, sebab nak siapkan kerja dia.. Perggghhh… Rajin sangat kan? Cuti pun tapi memang sama macam hari bekerja.

Nak buat camner. Masa2 macam ni, the best time untuk pulun. Sebab takde commitment lagi. Yang aku perasan, aku sedang berada di comfort zone. Aku kerja memang 5 hari sahaja..Yang tak best satu je..masa public holiday…sebab aku selalu je kene kerja. Tapi, boleh dapat time off. Disebabkan kerja sangat flexible, memang takde problem pun. Asalkan aku ada laptop dengan internet. VPN pun ok. Keje boleh jalan..Takde hal..

Aku sesuka hati je nak datang jam berapa..Nak balik jam berapa. No one cares asalkan kerja aku siap on time.

Owhh…Ada ke kerja yang sangat flexible dan menarik macam ni kat tempat lain??

TAKDE!! FULLSTOP

Tapi..tak semua kerja perfect. Still ada weaknesses. Atau manusia memang tak pernah cukup dengan apa yang dia ada?

Erm. Aku tak boleh cuti ikut suka. Paling terasa masa nak exam nanti.. Aku tak boleh nak study leave and at the same time tengah setelkan report. Tak boleh nak elak. Confirm busy!

Either aku amik p1 atau p2..both is on peak time.

And..aku masih berfikir-fikir paper apa aku nak amik.. Teruknya aku dalam hal membuat keputusan. Serius sangat fikir pasal pros and cons. Jadi macam ni la. Tapi, aku berat kepada p1 sebab Huda dengan Hawa pun amik the same paper. Nanti boleh discuss dengan diorg. Dan..risiko dia adalah aku tak tahu apa2 pasal p1 lagi. p2 pula banyaaaaaaaaaaaakk sangat nak kene cover. Semua standard2 aku kene recall balik. Dan maybe ada yang aku kene belajar dari mula sebab aku tinggalkan selama 6 bulan. Sempat ker????? TAK.

Jadi..i’ll go for p1.

Apa yang ada dalam p1?

BLUR…….

gugugaga

And petang tadi, aku pegi Borders, The Garderns. Menempek kat Business Area. Cari2 text book ACCA untuk paper  P1..Takde punnnnn…Jadinya aku amik buku lain yang berkaitan dan baca. Menarik la. Nak beli 2 buku tu je RM400++. So, aku pun cari port yang sesuai dan baca. Ngehehe.. Tak senonoh ker?? Erkss…

Baca, baca..minum hot vanilla coffee…sambung baca..

Sampai jam 9 malam.

Balik rumah, setel2 semua…aku layan laptop pulak.

Dan memblog.

Sekarang jam 11.49.

Perut aku bunyi2 la………..Weh…Aku lupa yang aku tak dinner lagiiiiiiiiiiiiiiii…

Hmmm…Esok je laa

Aiyakk

NEO adalah program orientasi untuk pekerja baru. Tadi aku pergi NEO dan berkenalan dengan staf2 baru. Ada manager, ada fresh grad, ada yang dah 2,3 kali tukar kerja. Em, macam-macam. Diorang nak taknak kena kenal dengan aku sebab nanti2, pasti diorang cari aku untuk urusan rasmi.

Seronok juga tambah kenalan. Aku sempat bersembang dengan organizer. Amik input yang penting, jalan-jalan ke floor yang aku tak pernah jejak dan dapat lunch free yang sedap. Ahaks.

Aku pernah join NEO masa mula-mula kerja kat sini. Dengar orang ni cakap, orang tu cakap. Ada yang aku faham, ada yang aku faham sikit-sikit dan ada yang aku tak faham langsung.

Aku sorang je bukan budak IT masa tu. Sepanjang hari itu, perkara yang diperkatakan banyak yang bersangkut paut dengan hal-hal IT. Aku tahankan telinga juga. Bukak mata besar-besar walaupun dah tersengguk beberapa kali. Cuba untuk memahami apa yang diperkatakan. Ada yang ok. Dan, ada yang aku terus loss.

Orang lain syok la, faham je apa speaker cakap. Fine!.  Aku nak tanya pun macam segan je. Benda kecik macam tu pun tak tahu ker? Erkkk…Sori beb, aku bukan budak IT…Aku tau basic je. Kerja aku bukan nak develop system macam korang.

Mana nak tau ar..Aku tak pernah dengar pon segala-gala yang korang cakap. Contohnya macam DRP, BCP, PII, PHI..Ha..tau ker?? Canela aku tak blur. Kalau korang melalut pasal GL, FA, AP, AR aku paham la. :P

Takpe, slow2 la aku belajar. Dan aku rasa keadaan aku bertambah baik sekarang. Dah tak loss macam dulu.

Pernah dengar tak orang cakap..budak IT ni interesting dan budak Akaun ni boring. Erm. Aku nak mengiyakan statement itu. Ada orang marah ker? Ooopss..

Yang tu pendapat aku je. Tak kacau orang lain pun. Em, dari sudut pemerhatian aku, orang IT adalah Cool, Rilex dan Free. Orang Akaun pula Serious, Think and Work Hard.

Alaa…tu kat ofis ni jer. Ofis lain, lain la kan…

Kat sini sempoi aje pergi kerja, lelaki atau perempuan tak kecoh2 pasal pakaian. Nak kaler terang ke, gelap ke, pelangi ke..sukati. Memang selamber.

Itu dari segi pakaian, belum lagi waktu kerja atau cara bekerja. Pasal kerja, pendapat aku, mereka Flexible, janji ada internet connection. Semua beres.

Owwhhh..Ada sorang mamat ni, cool je aku tengok. Aku selalu terserempak dengan dia kat car park. Dia bawak mineral water sebotol je pegi ofis. Aku nak je cakap “Brother, kamu cool la!!”

Ada sehari aku buat kerja kat floor yang sama dengan tempat dia kerja. Aku tengok meja dia. Hanya ada laptop dan sebotol mineral water. Lagi sekali, aku nak cakap “Brother, kamu betul2 cool okay!!”

Cuba dia tengok tempat aku.. Laaaaaaaaa..Meja tetap penuh. Drawer aku sampai dua sebab nak letak segala fail dan kertas. Tapi, bile balik, aku kene kosongkan atas meja. Itu prosedur yang bos aku sarankan. Semua sumbat la dalam drawer. Dokumen2 sangat la P&C. Mata seronok bile nak balik atau waktu pagi-pagi sebab meja aku memang kosong dan bersih lagi kemas. Sama macam meja brother tu.

Jadi nye, aku pun nak cakap kat diri sendiri….Wah, aku cool betul!!! (walau hanya untuk seketika)

Nak cepat sampai rumah.

September 24, 2008

Aku tengok dari tingkap Tingkat Enam Belas..Kereta penuh kat jalan..Mungkin pergerakan kurang dari 10km/sejam.

Aku duduk balik kat kerusi. Lemah. Malam tadi tido lambat. Hari ni aku keje semahu-mahunya. Sahur aku teguk air kosong je. Sapa suruh aku tido lambat? Aku buat keje la. Kalau tak tido lambat, mungkin sampai malam ni aku duduk kat ofis. Eeee..Tak mahu..Sapa suruh minum air kosong jer? Tu dah kire bagus aku boleh bukak mata, bukak pintu bilik, bukak lampu, tuang air kat cawan..minum..tutup lampu balik, tutup pintu bilik, baring balik dan tdo balik. Banyak step dah tu untuk orang yang tdo 3jam baru. 

Aku tersenyum puas dengan hasil kerja hari ni. “Akhirnya..Yess…Yessss….Yessssssssss…..Dah reconcile beb”…Suara-suara keriangan berkumandang dalam hati.Macam nak jerit pun ada. Macam tak boleh nak rilek sebab aku buat mende tu sampai lebam mata. Berbaloi!

 

Dok berpikir-pikir lagi.., patut ke aku balik sekarang dengan keadaan jalan macam tu? Woi. Arini aku posa la!. Ada hati nak berbuka dalam kereta? Jangan harap! Aku capai handbag dan terus blah. Mak aaaiii…Banyak nye kereta. Kereta power ke. Kereta tak power sangat ke.. Kereta tak power langsung ke.. Semua sama jer standard. Macam siput.

Semua kenderaan tak bergerak kecuali yang satu ini. Fuh..bergaya sungguh melakukan aksi selit-menyelit di kiri kanan aku. Jeles giler. Aku nak naik motor jugak. Tak payah nak duduk dalam kereta yang tak bergerak ni. Okay…. Lepas ni tak payah nak risau-risau pasal jem. Seronok wooo… Ala..rumah dekat je dengan ofis.Aku tengok, 5km pegi…7km balik. Tapi, pernah je amik masa 45 minit walaupun rumah sekangkang kera. Naik motor…confirm 10minit je sampai rumah. Confirm ni. Takde ragu-ragu.

 

~ Eh, bile masa aku pandai bawak motor ni? Lesen pun tak berani amik..Ape daaa

Kembali senyum.

September 22, 2008

Pagi tadi, aku ketuk bilik bos. Dengan steady bagi dokumen yang dia nak kene sign iaitu segala journal dan apa-apa yang berkaitan. Dah setel semua-semua, aku pun hulur leave application form.

Dengan macho, aku apply je 3 ari terus. Dapat tak dapat belakang citer. Sedar memang tak banyak cuti. Aku baru keje baper ari sangat. Dengan tersengeh-sengeh dan harapan yang menggunung tinggi, aku berharap agar cuti aku approve!.

“U know that u dont have much days?”..serius betul muka bos..

Duish..Rasa macam kene penampar kat muka. Lamunan terhenti. Fuh

“Okay, if like that, i’ll just take leave on Tuesday and Friday”..aku jawab dengan muka aku yang entah macam mana aku pun tak pasti. Mungkin muka frust macam orang yang teringin nak makan gula-gula M&Ms tapi gula-gula tu bersepah kat lantai sebab bukak plastik kuat sangat sebelum sempat sebijik pun masuk dalam mulut.

Tragis duh

 

Setelah bersembang beberapa minit, dengan budi bicara sebagai bos yang memahami<—ayat bodek, CUTI AKU APPROVE!!!

Apa lagi, aku kembali senyum…Dalam hati dah berlagu suara Izwan pilus..

 

 

Ala..apesal lagu ni? Cam tak kene je. Erk…

 

 

 

Okay okay..Berbalik kepada kenyataan..aku syok ni

Buleh balik kampung awal

Yes!

Cakap-cakap dengan mat saleh

September 22, 2008

Kan aku dah cakap, aku duduk mengadap laptop je 2 hari lepas? Kire melampau jugak sebab aku on dua-dua laptop.

Laptop ofis, buat keje ofis la kan..

Laptop sendirk, buat hal sendirik la..

 

Hari Ahad..Oh…email bertalu-talu masuk ke inbox laptop ofis. Aku reply apa yang patut. Ada yang tak payah nak reply, aku baca..sudah..

Ni ada satu email yang diforwardkan dari Bos pasal ”Oral Assessment”.

Hah? Apa tu, aku baru masuk keje, takkan nak kene assessment dah.. Takde detail pun aku kene prepare apa ke. Macam cuak jugak la. Mat Saleh nak communicate dengan staff Malaysia.

Em. Dalam kepala dok terfikir-fikir, apala soalan dia..Apala aku nak jawab nanti.

 

Isnin-hari bekerja.

Lepas dua jam aku tersadai kat meja ofis, bos datang.. ‘Have u got my email?”

Angguk je la. Dia explain la mende pasal oral assessment ni.

Dalam hati..panjang O nyer. Oooooooooooooooooo

Bukan nak assess performance la..tapi, US people nak make sure staff Malaysia boleh communicate dengan bagus

Kalau diorg x puas hati, kene pegi training

 

Berjalanlah oral assessment dengan jayanya

Through telephone je pun

One by one

Turn aku dah lepas tadi

Dalam 10 minit cakap-cakap dengan mat saleh yang berloghat

So far, aku rasa macam ok.

Tapi, dia rasa macam aku rasa ker??

 

Adakah omputih tu puas hati dengan communication skill aku?

Haaa…aku pun tak sabar nak tahu.

Permintaan saya.Cuti raya!

September 16, 2008

Hari ni dah 16 Ramadhan. Nak citer pasal raya ker? Aku takde feel sangat pun. 

Sebab….

Cuti raya paling penting buat masa sekarang.

Aku tak decide lagi nak cuti bile.

Boleh ker?

Aritu masa balik, mak tanya…”ija balik bile?..”..Aku jawabla “Hari Selasa.. Sehari before raya. Lepas tu, aku amik cuti Jumaat”.

Mula2 dah decide nak amik sehari je cuti. Macam ok la. Sebab 5 hari dok kat rumah. Kire lama dah tu. Lagipun, baru je keje kan.. Takkan nak cuti lama2.

Tapi..

Alih2 budak rumah semua cuti Isnin dengan Selasa. So, diorang balik hari Sabtu. Errgghh..Mati kutu la aku kalau aku balik Selasa petang tu.

Eeee..Ni aku terfikir dok sorang2..berbuka sorang2 kat umah. Uwaaaa

Ini lah masalah aku. Aku tak suka makan sorang2. Em. Mesti sedey kan?

Alaaa…ada ke sesape yang sudi nak teman berbuka sama2 dengan aku hari Sabtu, Ahad dengan Isnin??

Siap advertise lagi nih :p

Tak boleh blah!

September 12, 2008

Aku semacam tidak boleh tahan lagi. Kerja banyak macam aper aje. Lepas tu ada due date. Macam tak boleh nak habis. Ingat sikit ker? Aku dah habis laju dah buat keje ni. Tapi, macam tak efektif pun.

Ah. Marah diri sendiri.

Aku tak pandai  nak multitasking lagi buat masa sekarang. Semua benda baru. Kene belajar dari basic.

Apa yang aku buat sekarang, kene refer2 yang lepas lepas lepaasss.. Kat situ pun dah amik masa..tu baru nak cari. belum tengok2 lagik.

Jadi, rasa seperti mahu terbang dari tingkat 16 ni aja. Tapi tak boeh kan?? Kalau terjun, uish…terus tak datang keje sampai sudah. Amal ibadat tak cukup lagi. Tak boleh. Tak boleh.

Semacam mahu capai kunci, touch tag, tekan lif, turun ground floor, jalan kaki pegi kat parking, pastu…….start kereta. then, terus blah.

Hati ni meronta ronta

Isk

Mana boleh sekarang. Kene tunggu lagi 3 jam..

Closing time.

August 26, 2008

Awan hitam. Hujan lebat. Aku stuck kat dalam ofis. Payung dalam kereta. Malas nak basah kuyup keluar pegi lunch. Duduk diam2 la. Perut lapar, aku sumbat biskut sudah.

Termangu depan laptop. Baru rasa dapat bernafas masa ni. Buleh ka?

Dulu tak boleh bayangkan closing macam mana. Ye la. Bile Ally cakap dia tgh setelkan untuk closing, aku x peduli pun. Tapi, Buat2 faham. Sekarang, aku baru rasa. Orang lain bergumbira di akhir bulan, sebab dapat gaji, keluar sana sini, aku kalut. Haha. Baru la betul2 tahu keadaan closing. Naaaah. Rasakan.

 

Hari ni dah Selasa. Bahang Bukit Tinggi, Indonesia makin terasa. Kawan2 semua termasuk aku..memang teruja nak belanjakan duit yang penat disimpan selama ini. Macam2 dah list. Tapi, xtau jika sangkaan aku meleset tentang Padang. Tunggu saja bile kaki berpijak di sana.

Yehaaa…

Sepet.Sungguh!

August 12, 2008

 

Aku hanya melihat Nana terbaring di depan aku. Memang tidak nyenyak. Rimas aku tengok. Pusing sini. Pusing sana. Owwhh…sudah pukul 2 pagi, tapi aku bersemangat duduk bersimpuh di depan laptop sambil melayari alam cyber.. Seumpama lupa dengan keadaan diri yang perlu bekerja esok hari.

Esok harinya ialah sekarang. Sudah berapa kali aku menguap aku pun tidak tahu. Kalau dah berkali kali menguap, faham2 lah. Mata aku yang sepet ni seumpama macam tak mampu nak buka lagi. Pedih amat. Ah. Sapa suruh tido lambat malam tadi? Ini semua smiley punya hal sampai aku tidak boleh tidur.

Mulai malam ini aku tidak boleh tidur lewat lagi. Perlu bangun lebih lebih awal. Semacam tak percaya aku perlu keluar rumah lebih awal juga. Semuanya perlu awal. Tiada istilah lewat2. (agak serius tiba2)..hmmmm….

Jika aku bercakap esok aku perlu bangun awal2, maknanya hari ini hari terakhir aku bergelimpangan dengan kertas2 dan fail2 yang banyak diatas meja. Mesti aku akan teringat2 akan bos aku yang garang dan bersuara yang sungguh kuat tetapi baik hati. senior2 yang tidak putus asa mengajar aku banyak perkara sehingga berjaya membuatkan aku agak mahir walaupun tidak sehebat mereka. client yang baik hati dan juga yang selalu buat aku hangin satu badan dek kegopohan dan ke’kerek’an mereka yang mahukan report yang bagus, cepat, cantik tanpa mahu melangsaikan hutang. auditor2 yang penuh berdedikasi. Tempat ini pasti aku rindu. Terima kasih di atas segalanya. Owwhh..

Bos!!!!, aku buat perkara yang salah untuk kali terakhir sebab aku tulis entry ini waktu kerja. Kerja aku walaupun tak siap tapi aku anggap ‘consider done’. Tgh tunggu client finalised draft account. Tapi, aku tak boleh tunggu2 lagi.. Aku chow dulu. Sambil2 mengemas barang2 aku selama setahun lebih ini, aku yang tiada kerja pun buat2 macam ada kerja. walhal benda ini yang aku buat. Ces.

Perut aku benar2 kenyang. Terisi dengan makanan thailand. Makan besar hari ini. Kata farewell aku. Memang kene makan banyak2 sebab macam2 makanan ada – nasi putih, butter prawn, ayam pandan, tomyam, tauhu telur sizling, ikan siakap kukus dan paling special kerabu kaki ayam. Mata aku macam nak terpejam untuk kali yang keberapa ntah hari ini. Huh..Sepet.Sungguh!!!