Dia sungguh comel. Dia pandai ambil hati ramai orang. Tak payah cakap apa-apa pun, orang dah attract dengan dia

Sebab terlampau diberi perhatian

Dia jadi rimas

Dia rasa lemas

Dia malu sangat-sangat

Selalunya COOL 

Bajet Hero kan..

Tapi semalam malu-malu kucing. Lagi malu dari Salim..

Itulah dia

 

ADAM

DSCN6443smile

A.i.d.i.l.f.i.t.r.i

September 23, 2009

Hari ni dah Hari Raya ke empat. Sempat lagi wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN..

Untuk..

SEMUA

Ye..untuk semua..

Juga yang membaca blog ni

Maaf jika ada yang terasa

Maaf jika kelakuan saya menyinggung kalian

Maaf jika perkataan saya mengguris hati kalian

Maaf atas semua salah silap

Halal makan minum segala

0-0

 

 

p/s: Picture untuk tatapan angah & kak deb.. Gambar kakak & abang ikram ada kat camera along ar.. Tak sempat nak transfer..

along

ija

Kesini Kesana

August 1, 2009

Tesco Shah Alam

Bukit Bandaraya U8

Mid Valley

KLIA

Bangi

Kelana Jaya

 

 

Cukup dah untuk hari ini

Nak naik tangga rumah pun rasa rumah adalah tingkat yang ke18, walhal rumah tingkat 4 je

 

 

Maknanya saya tahu penat juga

Goodnite

Wohoo..Jam 1 pagi ni. Esok bukan weekend pulak. Esok keje..

Weekend mode TURN OFF

Badan dah sengal tapi mata taknak tido lagi (walhal dah menguap berapa kali).

Lately tak berapa busy kat ofis. Buat benda lain macam main netball lepas keje. Umur 26 tahun masih buat-buat aktif pulak. Perasan la ada stamina macam umur 17. Pergghhh. Lepas keje pegi training. It’s fun. Lagipun boleh sihatkan badan. Dan mingle dengan orang lain. Sebagai budak finance yang duduk tingkat 16-yang-tersorok, sapa yang kenal? Tssskk..

Jadi, minggu depan ada tournament kat Cyber. Ohh. Semangat kesukanan yang terpancar..haha.. Sebenarnya mahu main suka-suka ajer. Takde la pulun sangat.

~Saya kan fragile. Euuuwwww..

Weekend paling best untuk tahun ini akan diakhiri pada 2 Ogos. Sob sob. Lepas tu, mesti dah liat-liat nak balik Perak. Weekend paling best untuk tahun ini…(drumroll)..jatuh pada…. bulan Jun dan Julai.

*Hoyeahhh

Gather ramai-ramai. Makan sedap-sedap dan borak. Makan lagi. Lepas tu tengok anak buah. Kemudian kacau anak buah main game. Tukar channel sampai diorang mengamuk. Suruh diorang makan. Ajak borak lagi. Makan lagi. Tertdo depan tv. Jaga-jaga tengok anak buah menempek kat sebelah.

Owhhh, semua akan dirindui.

Semua sekali okay termasuk part yang makan banyak-banyak sebab makan kat rumah adalah exceptional. Terbukti bile breakfast konon-konon nak breakfast sendiri dulu. Lalu buat oat dan milo. Dang! Oat tak best langsung. Dan bile mak abah pulang dari pasar, bawakan nasi lemak kamaruzzaman..terus kecur liur. Mak ajak makan nasi lemak, mula-mula jual mahal cakap dah kenyang. “Takpela.. Dah makan oat dah”. Tapi, bile fikir balik, wehhhh kat Kelana Jaya mana ada nasi lemak sedap macam ni..Terus amik sebungkus makan sampai licin.

WOhoooo. Tetibe kecoh bab makan pulak. Abaikan bab makan sebab tajuk utama ialah keluarga lebih penting.

Perkara wajib yang mahu ditekankan ialah nikmatilah saat-saat bersama orang yang tersayang kerana apabila mereka tiada di sisi barulah akan rasa rindu segala dan teringat-ingat seperti pungguk rindukan bulan. (apekah?)

 

Time to sleep

Nite everyone

 

Peace

Moga selamat semuanya

June 26, 2009

KAWAN

Kawan - ‘Weekend ni nak buat apa?

Saya – Balik rumah.

Kawan - Hah? Balik lagi???

Saya – (Tersengih macam kerang busuks)

 

 

Kring. Kring..Bunyi phone

RAKAN

Rakan – Ijat! Weekend ni nak buat apa?

Saya – Balik rumah.

Rakan – Balik rumah lagi?

Saya – Yes. Saya tersengih jugak tapi dia tak nampak..Ceyyyy

 

 

Lagi beberapa jam nak pulang ke rumah kat Lumut. Rumah AGAIN?? Yipppieee… Bahang keseronokan tidak terhingga. Ada apa kat rumah? Macam-macam adaaaaa..Macam raya pun ada :D

Seawal 5 pagi akan balik. Semangat nye. Haha. Kene kejar masa sebab adik nak register kat UiTM Seri Iskandar. Biasalah, mak akan suruh diorg pegi register awal-awal. 5 pagi?  Kalau saya seorag, 5 pagi tu macam angan-angan la. Awal sangat tu. Sorang-sorang memandu bahaya okay..(Walhal macam tak boleh nak bukak mata ni lagi..uhuk..sejuk..gelap..cabaran besar tu..)

Jadi, perjalanan ke Perak yang mengambil masa 3 jam setengah pasti tidak bosan seperti selalu. Wah. Excited bile bayangkan. Ye la.. Selama ni lemau memandu sorang-sorang. Dah la takde R&R kan. Nak berenti pun kat Stesyen minyak je. Jalan kampung.. Banyak lampu isyarat. Banyak lori. Tak boleh bawak laju-laju sebab takut kene speed trap.

Selalunya berenti kat kedai jual mangga. Pastu beli jagung cup. Bile rasa macam dah bosan amat. Mulalah suap jagung dalam mulut. Pastu kunyahhh. Memang takkan rasa nak tido pun la.

Pastu sambung memandu. 5 minit kemudian, dalam hati ‘weh,…bosan giler..takde orang nak cakap’

Owh.. Sangat cekal dan tabah rupanya selama ini (Puji diri sendiri ke apa…errrkkk…)

Esok pagi..Taraaaa….Rasanya biarlah kakak yang memandu. Sebab adiknya boleh sambung tido.. Haha.. Wehh.. Tido kejap je kan.. Lepas tu, layan la dia borak. Ye. Kakak ada banyak sangat cerita. Daripada Kelana Jaya sampai No 367 dia mampu cakaaaaaaaaaap sepanjang jalan. Boleh cover macam2 episode ni. Hehe.. Gossip girls in the car la esok.. Jangan jealous u olss..

 

 

Mak dan Abah,

Nantikan kepulangan anak-anakmu yer :)

Mother’s Day

May 10, 2009

Hari Ahad ialah hari ibu dan mak call ‘pancing’ dengan makanan yang sedap-sedap. Adik juga dah pesan buku Eclipse..Ija dah belikan okay!!!. Aktiviti BBQ di rumah yang memukau.. Kakak yang jumpe sekejap sangat hari tu. Abah dan Mak adalah sebab paling utama kenapa nak balik rumah.

Sepatutnya pulang ke rumah semalam. Tapi, macam kejap sangat. Jadi, terus tak jadi. Kalau dah sampai rumah Sabtu malam jam 7 dan perlu balik ke Kelana Jaya hari Ahad jam 9 pagi..Banyak kali la fikir nak balik ke tak. Sekejap nak balik.. Sekejap tak nak balik..

Akhirnya keputusan di ambil, TAK BALIK.

Bukan nya ada hal minggu ini tapi disebabkan duration di rumah sangatla sekejap, dan perlu balik KL naik bas dan sorang-sorang pula..cancelled

Duduk di rumah dan untuk meng’remedy’ hati yang bersalah, baca buku saja di rumah. Perasaan lebih selesa. Tak balik ke rumah pun tak apalah. Minggu depan boleh balik. Hoyeahhh..

 

Ni study ke?? “Mak, ija break kejap…Dah study 4 chapter dahhhhh weekend ni.”

 

Nak exam kurang sebulan lagi. Aktiviti ‘kemasyarakatan’ cuba dikurangkan ke tahap yang minima.

 

 

SELAMAT HARI IBU,

xoxo

ija

Oh Perempuan

April 19, 2009

Perempuan..

Bila marah

Bila tensi

Bila sedih

Bila bengang

Bila muram

Bila bungkam

Bila gembira

Bila ceria

Bila macam-macam 

 

Perempuan.. 

Selalunya akan kongsi dengan orang lain

 

Perempuan..

Tak tahan nak simpan

Tak tahan nak sorok 

Tak tahan nak pendam

 

Bila ada orang ambil berat di waktu tertentu

Bila ada orang hulurkan telinga

Bila ada orang suakan bahu

Perempuan akan sangat dihargai

 

Walaupun ‘perkara’ itu masih bersarang di kepala

Masih bermain di fikiran

Namun,

Perempuan akan berasa lega

Perempuan akan berasa selesa

Lebih selesa…

 

 

p/s: Thanks kepada kakak yang jauh di sana! You helped me a lot!!

Najmi,

Sihat tak?

Sekolah ok?

Kawan-kawan best?

Makanan sedap-sedap tak?

Mama dengan Papa sihat?

Adik-adik macam mana?

 

najmi

Cik Ja amek dari Facebook Najmi.
Gambar tu comel sangat (^_^)

 

Belajar rajin-rajin

Take Care.

Muahsss

 

XOXO,

Cik Ja

 

p/s : Opah dan Atuk dah rindu okay…(ye…CikJa pun rindu jugak!!! Nanti CikJa boleh masak mee paaaallingg sedap..Cepat-cepat balik sini…)

 

 

Hari Ahad yang lalu, aku pulang ke rumah. Homey-girl bebeh. Tujuan utama nak jumpa mak, abah, adan n adik…

(dan tujuan yang kedua sebenarnya adalah untuk servis kereta kepunyaan kakak..) Memang dah sepatutnya diservis. Kereta baru tapi kadang-kadang buat hal yang memalukan cik pemandu apabila mati bile gunakan gear rendah.

Lepas kerja, aku balik perak. Jalan sesak melampau. Dah agak dah. Tapi, takde pilihan.

Lantakla..Aku nak balik gak la

Sebab sendiri, memang cuak jugak. Malam-malam. Memandu dalam keadaan yang sunyi pulak. Kiri kanan hutan. Lori besar-besar yang memandu tak sedar diri..Fuhhhh

Selamat sampai setelah 4jam setengah tekan pedal minyak.

Kaki dah ketaq

 

Keesokan harinya, aku lepak dengan adan dan adik. Kami makan tengah hari bersama di kopitiam. Mak dengan abah pegi wedding. Mana ada sapa masak kan? Bujang, makan luar sudahlah.

Adik memandu. Ni pertama kali dia drive untuk aku.

Meh-meh..Nak ungkit..Dulu-dulu masa aku baru dapat lesen, hantar dia pegi Sekolah Agama, dia suka sound aku

Ija, adik tengok satu pokok tu lama sangat. Cepat sikit boleh tak??

Dia perli sebab aku drive slow..Haha..Berhati-hati okay. Dia yang siap lambat, pastu kecoh suruh aku bawak laju-laju.

Jawapan dia ialah : Mana boleh

 

Dan, tak terlambat kiranya aku ucapkan Tahniah untuk adik. Dapat 7As and 3Bs. Mak cakap, kakak-kakak semua marah sebab tak dapat semua A..(hahaha..saja psycho jer ar..) tapi abang-abang cakap..”Dah okay dah tu…”

Okay, aku dah rindu nak balik rumah lagi.

(tapi memang tak boleh sebab hujung minggu ni dan hujung minggu depan aku ada kelas..dan mak pun takde sebab pegi Kedah)

Owh..Tahniah juga untuk adan yang akan berkonvo hujung minggu ini..

 

p/s : Bile aku nak convo ni………….(lama weh belajar ni….Gugugugu)

He’s the cute Toddler

February 23, 2009

Sabtu Ahad aku meluangkan masa bersama keluarga tersayang

Sabtu aku bawak kakak dengan ikram pergi  makan kat Waroeng Penyet, The Curve

Tapau Big Apple juga

Gerak ke Bentong, Pahang

Sampai rumah Along, aku layan Kamil

Tina main make up make up kat rumah sebelah

Owh..

Sejam setengah selepas itu Kamil moody

Masa untuk tidur

Kakak, Ikram dan Along borak borak

Aku dah tersandar sandar kat sofa

Mata macam tak boleh nak bukak lagi

Sebab cuaca yang panas?

Mungkin jugaaaa

Jadi, tido di depan tv

Mereka masih borak borak lagi

Aku terlelap

Bile terjaga..

Mereka masih borak borak lagi

‘Kakak, jom balik…………..’

Jadi, kami pun pulang ke Kelana Jaya

Singgah di Kopitiam

Kami borak borak lagi

Dan Ahad..

Keluar dengan Along

Along mahu cari dress untuk Flower Girl

Untuk Tina

Jadi, selesai shopping di Sogo

Pergi ke Plaza GM pula

Layan kan Kamil sekejap

Pegang pegang

Peluk peluk

Dukung ..Letak..

Dan dukung balik

Makan di The Mall

Sambil makan

Sambil tengok Kamil

Selesai semuanya

Aku pulang ke Kelana Jaya

Sampai di rumah, badan macam nak tanggal satu satu

Haha

Baru dua hari melayan that toddler

Penattttttttttttt ;p