Ting tong Ting tong

Weekend lepas pegi Intensive Revision Class..Dengar lecture sampai rasa dah overload dengan term-term..6 jam dengaaaaaaar je..Bile hari keiga lecture dah jadi macam bullet train..Mana nak dengar..Mana nak tulis.Ceyyy..MP4 dah full dengan lagu. Ishh..sepatutnya delete semua lagu before pegi kelas..Ni balance ada 15 minit je apehal..

Dang! Exam nak dekat sangat..Cuak arrr…Ni paper first time amik.

Malam tadi ingat nak study. Tapi…….terbaring pastu terlena sampai pagi. Melampau macam tak sedar diri nak exam. Sigh. Pastu, suppose breakfast dengan PPG tapi jaga-jaga dah tak sempat dah. Masuk ofis lambat hari ni. No one cares tapi tak best la kan.

Apa nak jadi..Macam ni tak kene..Tu tak kene..Owhh..Ketidakstabilan hormon dijadikan alasan. Mungkin!

Jam 7 sudah keluar dari rumah.. Malam tadi tido tak nyenyak sebab lapar. Tapi, dah makan dah..Hmm..Pagi ni semangat nak breakfast jugak. Kalau boleh nak makan nasi lemak makcik yang jual kat parking kereta ofis. Tapi, sebab terlalu awal, makcik tu pun tak mula berniaga lagi. Okay..Apakah makanan yang senang dan cepat yang boleh dimakan? (Tsskk..Nampak sangat macam kebulur kan? Haha)

Jawapannya ialah………

McDonald..

Sausage McMuffin dan juga Kopi Panas. Alhamdulillah……..Nikmat bangun pagi, boleh hirup udara segar dan sarapan pagi yang enak.

Selesa.

Sepanjang hari akan ke Cyber.

Oh Cyber yang panas..Sampai petang la kat sana. Buat keje.

 

Sepanjang minggu ini sangat la sibuk.

Yang penting, sesibuk mana pun, masih gembira..

Cerita untuk dunia

April 4, 2009

1. Tika sedang belajar,

Orang tanya : bila nak habis belajar?

 

2. Bila dah habis belajar

Orang tanya : bila nak kerja?

 

3.  Bila dah kerja

Orang tanya : bila nak kahwin?

 

4. Bila dah kahwin

Orang tanya : bila nak ada baby?

 

5. Bila dapat baby pertama 

Orang tanya : bila nak ada baby lagi?

 

6. Bile dapat baby yang kedua

Orang tanya : bila nak ada baby yang ketiga?

 

Dan step tu masih ada, begitu juga dengan persoalan dari orang

 

 

 

Itu turutan yang biasanya kan??

Tapi, ini step pertama tak setel lagi, lepas tu terus lompat step yang ketiga

Step ketiga, soalan untuk step ketiga la.

Orang tak tanya dah pasal step kedua

Terus fokus yang ketiga

Ye…yang ketiga

 

 

Ha…Sapa suruh main lompat-lompat…

Bile bagi jawapan…

Eh..Mana boleh setelkan step ketiga lagi sebab step kedua belum setel…

Orang dah tak peduli sangat

 

Ye..ye..
Sedang usaha la ni
Setelkan yang kedua dengan ketiga sekaligus

 

 

POWERPUFF GIRLS

 

Perhatian kepada PowerpuffGirls,

Ketiga-tiga nya..

Blossom, Bubbles dan Buttercup

Mari sini tolong saya

Mari sini selamatkan saya

Ada orang buli saya ni…….!!!!

Tssskkk…

 

 

 

Nafsu apakah ini?

March 31, 2009

Bulan enam. Bulan paling penting dalam hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Peperiksaan adalah pada bulan Jun dan Disember setiap tahun. Tadi, selesai buat bayaran. Harga paper naik lagi (Tak pernah nak turun sejak mula-mula ambil..Ggrrr). Nasib baik la nilai matawang Pound rendah dari sebelumnya. Tapi, jumlahnya lebih kurang sama saja bile dihitung.

Ketika buat bayaran, rasa nak “tick” juga untuk Paper P2. Arrghh..Entah perasaan tamak haloba yang mempengaruhi diri atau perasaan apa, saya juga tidak pasti. Sebelum ini, sudah tekad hanya ambil satu aje. Sebenarnya boleh je nak ambil 2 paper. Tapi, dah cakap pada emak, ambil satu je. Hardcopy result sampai kat rumah. Memang tak boleh nak tipu.

***Dah tahu masa nak belajar macam mana, takde cuti..masih lagi nak degil-degil..(Haihh..ija..ija..)

Thanks kepada dia

February 27, 2009

card

Kepada si Penghantar Kad,

Terima kasih yer..

Bulan August, boleh hantar lagi kot…………

Lalalala

February 18, 2009

Saya bersyukur padaNYA

:)

Saya berterima kasih padaNYA

:)

Untuk kesekian kali

Saya lulus juga P5

:)

2 more to go

:)

Bagus Bagus DAN Bagus

February 9, 2009

Hujung minggu yang bagus

Makan dengan orang yang bagus

Di tempat yang bagus

Makanan yang bagus

Suasana juga bagus

Perasaan turut bagus

Pendek kata

Semuanya bagus bagus

Bagus

Bagus

DAN Bagus

Kene TAG lagi

November 17, 2008

 Faiz dah tag aku!!

untitled

Aku dah pernah buat TAG seperti di atas dalam blog ini. Macam takde idea nak tulis apa, so..aku link je ke entri itu

 

p/s : Aku takmo tag sapa2.

Nak ke tak nak?

November 4, 2008

Bermula 1 Nov aku ada kelas, sampai 5 Nov. Sabtu Ahad aritu dari tengah hari sampai malam. Isnin sampai Rabu aku pegi lepas kerja. Cabut balik awal sebab memang lambat la kalau nak tunggu betul2 sharp.

Sekarang aku tengah berfikir lagi. Em. Cane ek nak gi kelas? Hujan lebat sangat. Nak naik LRT? Macam semalam, melilau aku cari parking. Syukur ada satu. Tapi, spot tu memang jauh ar. Bile malam, takut giler nak pegi dapatkan kereta sebab kat situ dah takde lampu. Takde orang. Takde kereta sape2 kecuali kereta aku.

Lagi satu, malam-malam dari kelas nak pegi LRT station, ala..cuak la sebab kene lalu kat kedai2 yang dah tutup. Sepi dan menakutkan. Aduh. Aku siap bawak payung lagi. Yela..Sebagai protection tuh. Ish..mohon dijauhkan segala perkara yang tidak baik. Niat aku nak pegi belajar ni…

Naik kereta dari ofis sampai Masjid Jamek, pukul berapa baru sampai kelas? Mesti jalan sesak. Kereta banyak tak hengat. Lepas tu, aku tengok, car park stil penuh walaupun dah pukul 6. Nanti, aku nak park kereta kat mana pulak?

Sudah..

Aku pening.