Hari ni ialah hari terakhir bulan Oktober. Di ingatkan untuk diri sendiri, HARI TERAKHIR. Tepat jam 12 malam nanti masuk November. Bila masuk November, aku perlu jadi lebih serius dari sekarang.

Beberapa perkara perlu diabaikan secara automatik. Sebagai contoh, menonton wayang, membeli belah atau tidur sepuas hati perlu aku limit sebaik mungkin. Lebih bagus jika aku tinggalkan perkara yang sememangnya kurang memberi faedah itu.

Hati ini betul-betul perlu kuat. Menahan diri daripada perbuatan yang mudah menggoyahkan semangat aku. Kene jadi kebal. Bukan senang. Nak kasi alasan kenapa semangat aku senang untuk menjadi cair seperti aiskrim yang dibiarkan di tengah panas?

Oh. Itu mudah saja.

Aku balik kerja, memandu di jalan yang penuh sesak dengan kereta yang sangat banyak seperti semut menghurung gula manis. Sampai di rumah, naik tangga ke tingkat 4. Sebaik tiba, amik masa untuk berehat seketika. Penat hilang, aku mandi2, setel apa patut. TV memang kene on bagi bunyi2. Selalunya, terus melekat depan TV dan bile rasa mengantuk, terus masuk bilik dan tidur dengan nyenyak.

Masa itu jam baru pukul 11malam.

Awal ker?

Mulai November, semua itu perlu aku ambil kira. Aku tak dapat cuti langsung. (Rasa tak puas hati sebab Bos janji nak bagi aku cuti tapi lepas tu masa tarikh aku exam, memang peak time. Teammate tak kasik cuti..Marah nye aku..Bos takleh nak cakap apa aku rasa sebab bukan dia yang buat keje kan?…)

Itu menambahkan tekanan. Oleh sebab itu, aku kene gunakan masa yang ada dengan sebaiknye.

Mampukah aku?

InsyaAllah..

Semangat beb!

Tak nak elaborate apa2.

Aku kene buat sesuatu yang lebih penting.

NOKTAH

Ceria dengan Mu (Adam)

October 28, 2008

Aku memang lemah la bab ni. Sekarang, serius aku lemas dan rimas. Walaupun mendengar suara dia hanya 5 minit, itu sudah cukup membuatkan aku rasa mahu meletak telefon. Tapi tak boleh. Hati meronta tapi terpaksa bermuka-muka. Bile masa aku jadi begini? Selalunya kalau tak suka dengan seseorang, aku akan buat-buat biasa. Kali ini, aku macam tak mampu. Hati aku cepat saja mahu naik angin. Kalau dia tengok muka aku mesti dia faham. Tapi sebab dia tak dapat lihat aku, mesti dia fikir aku baik-baik sahaja.

 

Atas dasar menghormati dia, aku jadi sebegini. Aku tak mahu dengar suara dia lagi. Aku tak mahu! Melampau sangat permintaan aku? Ini entri kedua tentang ketidakselesaan aku terhadap dia. Em. Sepanjang hari aku runsing. Kesian kat aku. Haih.

 

Tidak baik mengeluh. Apa yang mampu aku buat? Apa yang boleh aku lakukan? Tolonnngggg…

 

Perkara ini nampak kecil namun apabila ia member kesan kepada emosi aku. Jadi, aku kira agak besar. Sebelum ini, aku selalu bersikap…’Biarlah…Takpe je’…Tapi untuk kali ini, pemikiran seperti itu tidak dapat aku aplikasikan. Nampak sangat keadaan aku agak teruk.

 

Aku perlu mengawal keadaan. Ye. Tapi, langkah terbaik masih belum aku jumpa. Aku tidak boleh bersikap kurang ajar dengannya. Masih punya rasional dalam diri.

 

Stress keje tak sehebat stress perkara ini. Berat benar aku rasa.

 

Dan juga perihal laptop aku yang buat hal. Ini menambahkan kerunsingan yang ada. Mengada-ngada Masa aku perlukan dia, dia bersikap sebegini. Bagus. Menguji kesabaran aku yang makin tipis.

 

Petang tadi, aku luangkan masa dengan jejaka kecil, “Adam“. Benar-benar gembira kerana kerunsingan dalam kepala macam terus hilang. Melihat telatahnya membuatkan aku lupa akan perkara yang tidak seronok itu. Bagus la. Ini macam terapi. Adam ini mampu membuatkan aku rasa tenang. Terima kasih pada Eve kerana membawanya ke rumah aku siang tadi.

 

 

 

Kucar kacir perasaan. Pagi tadi aku bangun agak awal kerana sudah tidak boleh tidur lagi. Aku terbayang-bayang roti canai dan teh tarik. Best nyer. Disebabkan tidak mahu menikmati breakfast keseorangan, aku lupakan saja hasrat pegi ke mapley.

Awal lagi, perut tak bunyi2 pun. Dah biasa tak breakfast sebab tak sempat kalau hari kerja. Hari ini, hari cuti dan nak kata tak sempat tu memang tipu la. Alasan makan seorang kadang-kadang buat nafsu makan aku terbantut. Entah bile sikap ini akan hilang jauh-jauh dari aku.

Kemudian aku dapat panggilan. Oh. Undangan makan tengah hari dengannya membuatkan aku bersemangat untuk pergi mandi. Lepas setel semua2, aku tunggu sambil melayari internet. Aku tunggu sambil tengok tv. Aku tunggu sambil makan asam. Aku tunggu sambil aku melayari internet balik. Beberapa jam jugala aku tunggu.

Dan akhirnya telefon ku berbunyi. ’Tak sempatla nak jumpe u’… Aku sangat kecewa. Aku rasa macam nak jerit2 je. Tapi aku tahan. Bile lapar, orang usik sikit mula la naik angin kan. Ni memang ketara kat aku. Tapi, aku masih boleh bersabar. Muka ni bajet2 kool ajer depan laptop. Tapi hati dah haru biru.

Perut aku lapar sebab tunggu orang yang janji tapi tak tepati janjinya. Selamber cakap nak makan dengan aku lepas tu cancel? Aduhh…

Tahu dari awal, aku pegi je makan kat mapley. Sekarang 1.30 petang, takkan la nak makan roti canai dengan teh tarik. Ape hal?

Apakah cara terbaik untuk mengelak diri dari seseorang? Hmm.. Phone dah bunyi banyak kali, aku biar je. Lepas tu, aku rasa bersalah sebab tak jawab. Nak return call boleh.., tapi aku sangat berat hati nak cakap dengan dia.

Perasaan begini buat aku rimas. Betul-betul tak selesa. Aku suka cakap dengan orang yang buat aku selesa. Dengan orang yang aku tak selesa, aku cuba untuk membuatkan diri aku berada dalam keadaan yang selesa.

Tapi, dengan dia, aku tidak mahu membuat sebarang usaha untuk menjadikan aku selesa.

Aku akan sangat gembira bile bersama dengan orang yang aku fikir dan rasa selesa dengannya. Aku senang bicara. Tutur kata yang keluar daripadanya tidak membuatkan aku rasa tertekan. Malah, bila berbicara tentang perkara yang berat dan sangat serius, aku masih mampu lagi memberi respon yang baik tanpa ada kata-kata dalam hati yang merungsingkan.

Bila aku bicara dengan seseorang dan pada masa yang sama dalam hati kecil mengomel sendirian, ini betul-betul menunjukkan aku tak nak cakap lagi. Taknak dengar apa-apa yang dia cakap. Rasa mahu terus pergi dari situ atau letak telefon. Tapi, perkara itu kan kurang sopan?? 

Aku jadi emo bile orang cakap gah, atau sentiasa meninggi diri sepanjang tempoh perbualan. Ye..aku tahu kau bagus, tapi bile setiap kali bicara denganku..dan aku tak ada kene mengena dengan kamu, ini betul-betul buat aku sakit jiwa. Aku tak perlu tahu semua itu. Aku taknak tahu. Dan bile kamu bercakap tentang perkara yang lebih serius dan aku terpaksa mengiyakan tapi dalam hati menidakkan, aku jadi seorang yang pura-pura.

Aku bukan hipokrit. Tapi, atas dasar menghormati kamu, aku jadi sebegiu rupa. Jika aku betah, maka kamu lebih membuatkan aku sangat geram. Hal ini nampak kecil tapi bile berulang-ulang perkara yang aku tidak gemar, aku tidak suka. Tapi, aku tidak tahu mahu cakap bagaimana dengan kamu. Tambahan, kamu seperti sangat selesa dengan ku. Rumit jika begini. Perbezaan aku dan kamu sangat jauh. Dan aku tidak ada hati untuk merapatkan jurang tersebut, walhal kamu juga tahu untuk merapatkan jurang adalah perkara yang sangat sukar, dan untuk menutup jurang itu, tidak mungkin sama sekali.

Aku hormat kamu. Pinta kamu hormat aku juga. Pelik bile kamu berkelakuan begini walhal aku tidak kenal sangat dengan kamu. Untuk kenal lebih jauh, maaf, itu bukan yang terbaik untukku. Masalah yang lebih besar akan muncul jika aku mahu berbaik-baik dengan kamu.

‘Tak bagus sangat kalau kita selesa dengan orang tu…Tak payah nak baik-baik dengan semua orang’….Kata-kata ini terngiang-ngiang di telinga. Suatu ketika dahulu, aku menidakkan ayat ini sekeras-kerasnya. ‘Kenape? Tak boleh baik dengan semua orang ker?Salah ke nak baik2?Bukan ada apa2 pun’ Itulah ayat betah aku.. Dan..hari ini..aku memikirkan ayat itu kembali….

Jejaka Paling Tak Disangka

October 21, 2008

Aku buat keje kat tingkat 11. Lepas lunch sampai la pukul 4 petang. Lenguh kaki berjalan. Mungkin bila dihitung-hitung, boleh sampai Chow Kit Road dah. Haha..

Sampai je kat meja, duduk minum air jap…Dahaga woo..

Tetibe my teammate cakap, “Iza, U’ve got a parcel. Just now, Mas(receiptionist) told me”.

Okay, parcel ape? Atas meja ni dah ada envelope from Cyberjaya. Waaa.. Ni keje apa pulak ni siap kene amik sendiri kat ground floor. Selalu despatch guy to anta terus kat meja. Aku sign je.

Aku pun turun kat Ground Floor..

“Kak Mas, mana parcel nyer?”..

Tu..

Mane?

Tuuuu…

Mane? Takde pun..

Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu….

Owh…

 

 

Aku amik dan tengok. Ini tak serupa langsung dengan parcel. Ini bunga. Bunga dengan parcel jauh beza laaaaaaaaaaa…

Ini tak ada kene mengena dengan keje aku niiiiiiii… Muka aku blur giler.

Aku tanya Kak Mas, betul ke untuk Iza ni???

Dia cakap…Betul la. Izatul Roslina kan?.

Aku angguk. Ada beberapa staf kat situ tanya, aku ada secret admirer ke? Atau…Hari ni birthday aku? Bukan la…Dua2 bukan. Ish. Ape ni..

Aku baca kad yang aku dapat kat sisi ‘parcel’ tu..

Ada message yang aku baca pun tapi tak boleh detect dari sapa. Yang aku tahu, ianya dari Jejaka Paling Tak Disangka..

Kepada Jejaka, Thanks for the flower!!

 

Jackpot

October 21, 2008

 

U managed to catch up with 999 and 1001

The 1000th?

U couldn’t?

Because…i am the 1000th..

This is the proof

I am the lucky person??

Siap print screen lagiks..

Tengok…tak tipu..

 

 Where’s my prezzy? Nak tuntut neh :p

Aku penat. Kepala pun sakit. Pelik ar. Ni dah mula selsema, jadi nya tu tanda2 nak demam kan? Oh tidak. Bile malam je macam ni. Mungkinkah cuaca di luar sana mempengaruhi keadaan aku? Aku tak pasti.

Tengah hari sikit punya panas. Balik dari ofis, petang2, hujan lebat. Toksah cakap la. Jalan confirm2 la jem. Dah seminggu macam ni. Sejuk je perasaannya dan aku rasa lembap.

Tadi aku pegi One Utama. Dinner with a chinese guy. Let me call him as D. Aku tak ingat dia sekelas dengan aku bile. Tapi, dia classmate aku masa darjah 6Ungu. Wah. Borak macam2. Dari satu topik ke satu topik. Sambil borak, sambil makan. Lepas tu jalan2. He bought some stuff. Lepas tu aku balik lor..Dah malam. D, thanks belanja aku tadi. Next time, turn aku pulak.

Sampai rumah, aku boleh lak terlelap depan tV. Dan lagu ini mengejutkan aku :) Aku bangun, pegi setel2 semua..Ye..Ni dah setel2 semua, apa lagi..berblog la aku.

Google Yellowcard – only One..Dapat, pastu terus tengok kejap. Buat aku rasa jiwang walaupun lagu ni bukan lagu meleleh2. Haha. Boleh tido lepas ni. Nite

 

Fine

October 16, 2008

Otak aku macam tak boleh berfungsi dengan baik. Malam tadi aku memang sakit kepala. Muntah 2 kali. Apehal? Makan cukup. Tido cukup. Rehat cukup. Ape lagi yang tak kena ni?

Lepas keje, hujan lebat sangat. Aku lepak kat old town white coffee dengan office mate. Masa tengah lepak, dah rasa tak sedap badan. Ala..mengada la pulak time2 ni rasa tak best.

Aku cari panadol dalam handbag..Takde. Yang ada..ubat lain. Tak sesuai untuk sakit kepala.

Sampai je rumah, aku setel semua2, makan ubat, lepas tu terus duduk dalam selimut. Aku terlelap kejap. Tersedar bila dengar lagu ayat-ayat cinta. Kenapa suara tak sama dengan yang selalu aku dengar? Selalu suara Rossa..sedap kan?..tapi ni suara orang lain…Ouhhh..Nana menjiwangkan diri, mendengar dan menyanyi lagu itu berkali-kali. Ye..Aku dah hafal dah lagu tu sebab ko. Haha

Aku cuba tido balik. Pusing kanan, pusing kiri. Garu-garu kaki sebab kene gigit nyamuk, sembang kejap dengan Elia pasal keje dia..Lepas tu, aku tak boleh tido. Nak dekat pukul 12 dah time tu.

Weh, aku sakit kepala lagi ni……Nak tido.Nak tido. Panadol tu tak bagi kesan apa-apa kat badan aku. Em..macam mana nak bagi tido yer?? Dengan pantas, aku capai sebiji lagi ubat yang lain. Aku telan dan kembali ke bilik.

Sedar2 dengar suara Nana..”Jat, bangun Jat…

Mata tak leh bukak. Lalok giler. Even after dah mandi pun aku still ngantuk. Bawak keta pun ngantuk lagi. Sampai kat ofis pun ngantuk lagi.

Aku ni ter’overdose’ ker?

Petrol & Diesel

October 14, 2008

Harga minyak turun lagi. Itu berita yang aku dengar masa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Wah, bagus la. Memang menanti hari, ‘bile la Pak Lah nak buat announcement itu’. Bagus la, boleh seip sikit. Tapi, bile tengok meter minyak keta aku, alaaaaaaaaaaa…. baru je isi semalam. Nak dekat full tank pulak. Huhu. Nasib badan la.

Hari ni, apa yang aku baca, harga minyak dunia meningkat lebih dari USD3 selepas para pemimpin dunia sepakat mahu menangani krisis kewangan secara bersama-sama. Mereka membantu menstabilkan sistem perbankan yang ada. Beberapa negara Eropah memberi pinjaman baru yang besar dan melakukan pembelian saham perbankan. Dengan ‘pencairan’ pinjaman bank yang sebelum ini dibekukan, maka pasaran saham kembali positif.

 

Berita malam tadi, Pak Lah bagi komen tentang keadaan ekonomi Malaysia dimana ‘Kita tidak akan mengalami kegawatan pada tahun ini’.

Dalam hati, aku bertanya sendirian…Tahun depan bagaimana pula ye?

 

Aku tak boleh tidur lagi sebenarnya. Sampai boleh cakap pasal harga minyak. Pening. Kenapa yer? Ni lampu terpasang tapi roomate aku dah tidur. Kat luar hujan lebat. Syok kan tidur waktu macam ni? Okayla, aku rasa better off laptop..lampu..

Aku cuba tidur. Selamat malam semua ;)

~Mahu mimpi yang indah-indah