Baru aku tahu betapa seksanya..
September 18, 2008
Aku mati kutu. Bukan aku je. Seisi rumah ini dah tak boleh tahan dengan keadaan yang senyap sunyi sepi.
TV rumah rosak. Gelap gelita skrin. Memang tak boleh nak buat apa.
Tapi, lainla ada duit banyak. Rembat sebijik TV LCD plasma ke. Selamber.
Uish..jenuh pulak la nak tunggu beli. Bile tah cukup duit. Dah nak raya ni, semua ada bajet masing2. Nak tong2 pun takkan cukup.
Time2 ni la dia nak rosak..
Jalan terbaik, anta repair kan?
Korang pernah rasa macam apa yang aku rasa tak? TV ada je depan mata tapi tak boleh tengok.
Geram tak tahu nak kata. Kadang2, ada jugak aku try on suis TV dengan harapan magic akan berlaku.
Tapi, harapan aku hancur sebab TV tak bagi respon kat aku.
Hampa tahu?
Aku bukan hantu TV tapi ada sesetengah rancangan kene tengok.
Aku nak dengar dan tengok berita. Aku tak suka baca online okay. Tapi, ni dah terpaksa, aku tengok2 jugak la. Update apa yang patut.
Lagi satu, masa berbuka, aku dan budak-budak rumah kene senyap2 je sebab nak dengar bunyi azan dari surau terdekat yang hanya kedengaran sayup-sayup.
Aku nak tengok citer indon petang2. Dah follow dari 1st episode ni. Geram.. Geram..
Nasib baikla ada internet. Tapi……….aku nak tengok TV!!!!
Aku dah nak muntah tengok laptop dari pagi. Balik rumah pun ngadap laptop lagi.
Tak tahan seh.
Bile ada kekasih hati..Macam ni la.
September 18, 2008
Kaulah teman. Kaulah kawan
Tapi, bile kau sudah ada kekasih hati, kau lupakan aku
Kau tinggalkan aku sendirian
Kau biarkan aku terkapai-kapai
Beginilah bile ada kekasih hati
Di saat-saat aku perlukan kau
Kau tiada
Aku terasa kehilangan
Entri ini saja-saja aku tulis sebab takde kekasih hati ajak aku berbuka puasa sama-sama. Haha. Boleh ker?
Mari mengaji.
September 18, 2008
Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :” Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang
sangat memerlukannya.”
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah
kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
“Siapakah kamu?”
Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan
juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di
waktu siang hari.”
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu
Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui orang yang pernah membaca
mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan
kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai ini?”
Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari
Al-Qur’an.”
Malam tadi ustaz memberi tazkirah tentang al quran.. Ustaz highlight tentang kelebihan surah al-Waqiah. Ustaz baca hadis yang pendek dan terangkan dengan lebih detail. Dari apa yang aku dengar dan faham, kelebihan surah itu ialah jika kita mengamalkannya, maka kita akan senantiasa dimurahkan rezeki.
Apa lagi kawan2, mari kita mengaji