Bukittinggi dan Padang, Indonesia vs MALAYSIA

Aku terpegun dengan…

Keadaan toilet / kamar kecil yang sangat la bersih di mana2 pun sekitar Bukittinggi. Walaupun tempat tak la se’gah’ mana macam di Malaysia, tapi…toilet di sana perlu dicontohi. Mungkin kesedaran sivik perlu diterapkan kepada masyarakat disini. Malu seh bile orang luar pergi toilet Malaysia, kotor dan berbau… Errghhhh… Serious, aku dan teman2 lain xde hal la kalau nak singgah di mana2 untuk melepaskan hajat semasa berada disana. Bile keluar aja dari kamar kecil, muka tersengih. Lepas tu cakap…”Bersih giler toilet dia”…Walaupun orang anggap perkara ini kecil saja, namun besar impaknya!

 

Aku seronok bila..

Naik kereta kuda. Inilah pertama kali aku menaikinya. Di tengah2 kesibukan pekan Bukittinggi yang penuh dengan kereta, teksi, kereta tolak mee bakso dan sebagainya, kereta kuda turut memenuhkan ruang jalan raya. Selesai membeli belah di Pasar Atas, aku dan Farah sudah tidak punya tenaga lagi untuk menjinjing beg plastik kiri dan kanan tangan yang penuh dengan barang2..Udah capek..(Bayangkan betapa kuatnya aku dan Farah shopping sampai penat..Oopss)..Kami berdua menaiki kereta kuda untuk pulang ke hotel Ambun Suri. 10,000Rupiah = RM4 untuk 2 orang. Murah kan? Kalau naik kereta lembu di Melaka, mungkin lebih RM5. Kereta kuda ni muat2 je untuk 2 orang. Kaki aku panjang. Farah risau je kalau terkeluar.. Semasa dalam perjalanan, aku gelak dengan Farah bila mana “Kereta kuda ni boleh U-turn kan?”..”Kereta kuda ni pun queue masa nak belok ke kanan jalan”…

 

Aku kenyang dengan…

Nasi Padang. Apabila sudah 4 kali berturut-turut makan nasi padang, aku sudah tidak mahu lagi. Jika di sini, harganya mahal tapi di sana jauh lebih murah. Erm.. Lebih 10 hidangan lauk sekali hidang di makan bersama nasi putih. Memang tak lalu bangun kalau makan terlampau banyak. Dendeng, Otak lembu, Gado-gado, Jering masak lemak, Bergedil, Kentang goreng nipis2 masak sambal, Sambal belacan kaler hijau, Tauhu dan tempe goreng, Ikan masak lemak, Daging rendang pedas, Ayam goreng berempah, Ayam percik, Telur masak kari, Telur burung puyuh masak sambal, Sayur pucuk paku masak lemak, Sayur pucuk ubi rebus, Ikan bakar, Udang sambal,…dll. Itulah antara juadah yang dihidangkan kepada kami sepanjang berada di sana. Banyak kan? Mula2 excited la nak makan, tapi lepas 4 kali kami semua surrender. Tak mahu makan nasi padang lagi. Huhu. Bukan apa, sedap memang sedap, tapi jemu. Di Malaysia, 3-4 hidangan sudah cukup kan?? Di sana, mereka makan sikit2 lauknya, tapi macam2 jenis. Itulah salah satu perbezaan antara penduduk di Malaysia dan Indonesia.

Yang penting, bakso memang terbaik.. Sedapnyer… Mee kuning, bakso dan Ayam… Kalau ke sana, kene try tau makan bakso. Jauh lebih sedap dari yang disini. Nana cakap bakso tolak lagi sedap. Aku x sempat nak try. Tapi, bakso di restoran pun sudah cukup bagus untuk aku.. (ayat penyedap hati bagi x terkilan..nnt perlu ke sana lagi sebab nak makan bakso tolak..Haru2…)

 

Aku terkesima bila…

Melihat keindahan Tasik Malinjau yang sangatlah cantik. Dengan kabus2 yang meliputi awan, tasik yang membiru, angin dingin yang menyelimuti tubuh.. Aduhhh…Buat aku jatuh cinta dengan panorama disitu. Fulllaamaaakk jiwang ker? Ala..sesiapa yang melihat pasti akan tersenyum kegirangan.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah.. Nak pergi ke tasik malinjau, perlu lalu 44 selekoh. Jalannya macam nak pergi Cameron Highland..Lebih sempit dari itu. Rasa cuak bile bas berselisih dengan bas. Tapi, ‘Mas’ yang drive rilek je..Heh..Kitorg yang lebey2..Ye la..Jalan macam tu takde kot kat Malaysia..

 

Aku gembira semasa…

Berada di Jambatan Siti Nurbaya..Sebab nya, makan Jagung bakar dan Pisang Penyek. Sedap ar Pisang Penyek tu.. Pisang Abu tak silap aku, penjual tu kopek kulitnya, penyek dan bakar, letak cheese, chocolate rice, kelapa parut dan gula.. Waaahh. Mende ni takde kat Mesia. Sedap la.. Macam nak lagi.. Hehe. Makan atas jambatan sambil tengok sunset.. Kalau kat sini, nak berenti kat atas jambatan, confirm tak selamat. Silap hari bulan, kene langgar lari. Tapi, di sana, memang cool betul. Siap orang berniaga lagi di kaki2 Jambatan.

 

Aku pelik dengan…

Rasa Telur Penyu.. Ini juga kali pertama aku makan telur penyu. Rasanya?.. Pelik. Kat Malaysia jarang ada telur penyu. Penyu kan binatang yang pupus. Tapi di tepi pantai di Padang, ramai yang menjual telur penyu rebus. Ini salah satu perkara yang istimewa di situ. Aku pun cuba makan, tapi.. tekak ku tak boleh terima sangat. Elia dan Farah yang biasa makan. Mereka berdua komen, “sepatutnya telur penyu ini dimasak lebih lama dan direbus dengan garam. Barulah sedap”.. Oohhh…mungkin jika dimasak sebegitu, aku akan suka telur penyu…Siapa tahu?..

 

 

psst.. here is another entry about bukit tinggi dan padang.

This entry was posted in Bunch of friends, Places everywhere. Bookmark the permalink.

8 Responses to Bukittinggi dan Padang, Indonesia vs MALAYSIA

  1. cara ko makan telur penyu tu macam dalam fear factor…hahhahaah

  2. Iz says:

    indon mmg best!! aku pun tgh cari time bile nk g lagi.. huhu..

  3. suatumasa says:

    azy : agak fear jugak la nak telan. haha

    Iz : Indon best? nice jugak la.. ;)

  4. tunbegia says:

    sungguh sonok jalan2 kanns,

    salamm,

  5. fae faezah says:

    memang best la baca experience awak..tak sabar nak gi bulan jun nih..

  6. fazila says:

    boleh bagi no supir kat sane tak?tq

  7. Kira Holidays Travel&Tour says:

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s