Aku terpegun dengan…

Keadaan toilet / kamar kecil yang sangat la bersih di mana2 pun sekitar Bukittinggi. Walaupun tempat tak la se’gah’ mana macam di Malaysia, tapi…toilet di sana perlu dicontohi. Mungkin kesedaran sivik perlu diterapkan kepada masyarakat disini. Malu seh bile orang luar pergi toilet Malaysia, kotor dan berbau… Errghhhh… Serious, aku dan teman2 lain xde hal la kalau nak singgah di mana2 untuk melepaskan hajat semasa berada disana. Bile keluar aja dari kamar kecil, muka tersengih. Lepas tu cakap…”Bersih giler toilet dia”…Walaupun orang anggap perkara ini kecil saja, namun besar impaknya!

 

Aku seronok bila..

Naik kereta kuda. Inilah pertama kali aku menaikinya. Di tengah2 kesibukan pekan Bukittinggi yang penuh dengan kereta, teksi, kereta tolak mee bakso dan sebagainya, kereta kuda turut memenuhkan ruang jalan raya. Selesai membeli belah di Pasar Atas, aku dan Farah sudah tidak punya tenaga lagi untuk menjinjing beg plastik kiri dan kanan tangan yang penuh dengan barang2..Udah capek..(Bayangkan betapa kuatnya aku dan Farah shopping sampai penat..Oopss)..Kami berdua menaiki kereta kuda untuk pulang ke hotel Ambun Suri. 10,000Rupiah = RM4 untuk 2 orang. Murah kan? Kalau naik kereta lembu di Melaka, mungkin lebih RM5. Kereta kuda ni muat2 je untuk 2 orang. Kaki aku panjang. Farah risau je kalau terkeluar.. Semasa dalam perjalanan, aku gelak dengan Farah bila mana “Kereta kuda ni boleh U-turn kan?”..”Kereta kuda ni pun queue masa nak belok ke kanan jalan”…

 

Aku kenyang dengan…

Nasi Padang. Apabila sudah 4 kali berturut-turut makan nasi padang, aku sudah tidak mahu lagi. Jika di sini, harganya mahal tapi di sana jauh lebih murah. Erm.. Lebih 10 hidangan lauk sekali hidang di makan bersama nasi putih. Memang tak lalu bangun kalau makan terlampau banyak. Dendeng, Otak lembu, Gado-gado, Jering masak lemak, Bergedil, Kentang goreng nipis2 masak sambal, Sambal belacan kaler hijau, Tauhu dan tempe goreng, Ikan masak lemak, Daging rendang pedas, Ayam goreng berempah, Ayam percik, Telur masak kari, Telur burung puyuh masak sambal, Sayur pucuk paku masak lemak, Sayur pucuk ubi rebus, Ikan bakar, Udang sambal,…dll. Itulah antara juadah yang dihidangkan kepada kami sepanjang berada di sana. Banyak kan? Mula2 excited la nak makan, tapi lepas 4 kali kami semua surrender. Tak mahu makan nasi padang lagi. Huhu. Bukan apa, sedap memang sedap, tapi jemu. Di Malaysia, 3-4 hidangan sudah cukup kan?? Di sana, mereka makan sikit2 lauknya, tapi macam2 jenis. Itulah salah satu perbezaan antara penduduk di Malaysia dan Indonesia.

Yang penting, bakso memang terbaik.. Sedapnyer… Mee kuning, bakso dan Ayam… Kalau ke sana, kene try tau makan bakso. Jauh lebih sedap dari yang disini. Nana cakap bakso tolak lagi sedap. Aku x sempat nak try. Tapi, bakso di restoran pun sudah cukup bagus untuk aku.. (ayat penyedap hati bagi x terkilan..nnt perlu ke sana lagi sebab nak makan bakso tolak..Haru2…)

 

Aku terkesima bila…

Melihat keindahan Tasik Malinjau yang sangatlah cantik. Dengan kabus2 yang meliputi awan, tasik yang membiru, angin dingin yang menyelimuti tubuh.. Aduhhh…Buat aku jatuh cinta dengan panorama disitu. Fulllaamaaakk jiwang ker? Ala..sesiapa yang melihat pasti akan tersenyum kegirangan.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah.. Nak pergi ke tasik malinjau, perlu lalu 44 selekoh. Jalannya macam nak pergi Cameron Highland..Lebih sempit dari itu. Rasa cuak bile bas berselisih dengan bas. Tapi, ’Mas’ yang drive rilek je..Heh..Kitorg yang lebey2..Ye la..Jalan macam tu takde kot kat Malaysia..

 

Aku gembira semasa…

Berada di Jambatan Siti Nurbaya..Sebab nya, makan Jagung bakar dan Pisang Penyek. Sedap ar Pisang Penyek tu.. Pisang Abu tak silap aku, penjual tu kopek kulitnya, penyek dan bakar, letak cheese, chocolate rice, kelapa parut dan gula.. Waaahh. Mende ni takde kat Mesia. Sedap la.. Macam nak lagi.. Hehe. Makan atas jambatan sambil tengok sunset.. Kalau kat sini, nak berenti kat atas jambatan, confirm tak selamat. Silap hari bulan, kene langgar lari. Tapi, di sana, memang cool betul. Siap orang berniaga lagi di kaki2 Jambatan.

 

Aku pelik dengan…

Rasa Telur Penyu.. Ini juga kali pertama aku makan telur penyu. Rasanya?.. Pelik. Kat Malaysia jarang ada telur penyu. Penyu kan binatang yang pupus. Tapi di tepi pantai di Padang, ramai yang menjual telur penyu rebus. Ini salah satu perkara yang istimewa di situ. Aku pun cuba makan, tapi.. tekak ku tak boleh terima sangat. Elia dan Farah yang biasa makan. Mereka berdua komen, “sepatutnya telur penyu ini dimasak lebih lama dan direbus dengan garam. Barulah sedap”.. Oohhh…mungkin jika dimasak sebegitu, aku akan suka telur penyu…Siapa tahu?..

 

Aku menyesal.

September 8, 2008

Aku tak bangun sahur pagi ni.

Sekarang, perut bunyi kuat sangat.

Aku hanya minum air kosong.

Walaupun sedar, aku malas nak bangun.

Di fikiran ketika jam 5 pagi tadi..”Alaaa..malam tadi kan aku dah makan banyak..tak payah la makan, mesti takkan lapar sangat”

Namun, sangkaan aku meleset sama sekali.

Pagi tadi, aku tengok koko krunch dengan jelingan mata saja.

Sekarang, menyesal pun tiada berguna.

 

Tindakan supaya perkara ini tidak berulang:

Esok pagi, aku akan bangun sahur dan makan koko krunch.

Kesan yang aku akan perolehi:

No more music dalam perut ;)

Tepat jam 11.45 pagi, salam mak, abah n adan..Adik dah pegi tuition. Tapi dia jumpe aku dulu. Aku start kereta kakak yang baru ditukar speed sensor untuk kali kedua. Kereta kakak aku pandu dengan hati2.

Berhenti isi minyak dekat Shell. Tak sampai 3km dari rumah. Tank separuh lagi. Tapi aku nak isi jugak. Malas nak berhenti tengah jalan. Encik Smiley pun ada jugak dekat Shell. Aku ucap Selamat Jalan dan Selamat Tinggal..dan kata2 terakhir aku..Semoga kita berjumpa lagi..

Di traffic light depan Petronas Seri Manjung, aku belok ke kanan..Encik Smiley belok ke kiri… Aku masih memandu kereta kakak dengan berhati2..

Tak sampai 10 minit, aku naik rimas. Kereta kakak macam tak suka dengan aku. Kan aku dah tukar speed sensor..apehal lagi??. Tapi, aku buat bodo aja sebab aku takde pilihan. Takkan aku nak patah balik tukar kereta? Malas la..Tapi, aku bengang betul sebab perasaan tak selesa semasa memandu.

Aku pandu agak laju sebab tensi kereta kakak buat hal. Sekejap aku guna Auto. Lepas tu tukar Manual. Aku pun tak tahu kalau2 kereta kakak kene saman. Aku tunggu saja surat cinta dari Pak Polisi. Sepatutnya 60km/hr tapi aku memandu dengan 110km/hr. Aku ikut jalan biasa sebab tak nak bayar tol. Tapi, kalau aku kene saman…duit nak bayar saman lagi banyak daripada bayar tol. Aku sedar tapi aku dah tak tahan. Aku tekan je pedal minyak ikut suka aku.

Dalam masa 3jam, aku dah sampai Bangsar.

Aku puasa. Tapi, tahap kesabaran aku agak tipis semalam. Cuaca agak panas. Langit cerah..Tak pula menangis seperti selalunya.  

Hajat dihati, aku mahu tidur sampai petang. Tapi, aku tak boleh tidur. Aiyaaakk.. Badan aku betul2 penat. Kepala pun berat. Hmmm.. Dugaan..

Pukul 5 petang, aku bersiap2..Kan dah janji nak buka puasa sama2. Ini plan sebelum puasa lagi. Nana dah book tempat untuk kami semua. Hati berkocak keriangan bile teringat kawan2 yang sudah lama tak jumpa.

  1. Nana
  2. Eve
  3. Elle
  4. Asma
  5. Huda
  6. Anas
  7. Bakh
  8. Lan
  9. Hazim
  10. Una
  11. Yaya
  12. Nabila
  13. Mubin
  14. Ila
  15. Rahim
  16. Iliyas
  17. Ezrin
  18. Fadhil
  19. Izatul

19 orang kesemuanya…Ramai jugak. Macam reunion.. Berbuka puasa dengan makanan yang lazat bersama teman2 yang best. Walaupun aku agak ting tong, tapi mereka telah berjaya menceriakan keadaan aku. Update cerita masing2. Buat lawak yang ntah apa2 tapi buat aku gelak. Cerita pasal kerjaya, pelajaran, pasangan, kehidupan sekarang dan masa hadapan… Macam2 la..

Jam 10malam, semua orang pulang ke rumah masing2. Esok kan keje. Hmmm

Hati kecil berkata “Alangkah bagus jika dapat turn back time…tak payah bangun awal2 sebab kelas start pukul 10…Pukul 9 baru bangun”.. Tapi tu semua tak kan berlaku lagiiiiiiii