Salam Ramadhan
September 3, 2008
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ;
ketika Ramadhan hampir menjelang…:
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
keberkatan,
menurunkan rahmat,
mengampuni dosa-dosa kamu,
memakbulkan doa-doa kamu,
melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar
dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.
Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”
Kepada muslimin dan muslimat,
Salam Ramadhan saya ucapkan.
Semoga bulan ini dipenuhi dengan amal kebaikan..
=)
