Makcik kayo.Makcik suko!

August 27, 2008

Suratkhabar maya aku sudah baca. Bukan semua. Hanya berita yang aku anggap penting dan tajuk yang menarik saja. PKR menang kerusi Permatang Pauh. Ye2…DSAI menang..Semua orang sudah agak..Semua orang sudah tahu kenyataan tersebut.

 

Aku x minat bicara tentang politik. Tak mahu komen apa2. Hanya gemar membaca sahaja. Berbalik kepada diri aku yang tak keluar lunch lagi hari ini..Aku melangut depan laptop pada masa rehat untuk dua hari berturut2 dalam minggu ini.

Balik nanti, kepingin makan apa yer?” 

Semalam aku layan Murni sorang2. Bihun Utara and Fresh Orange. Aku tapau aje. Makan dengan Nana kat rumah. Lepas ni bulan Ramadhan. Rasanya, xde la Bihun Utara sebulan…Tapi, Nana cakap boleh je nak bukak puasa kat Murni…Uish…belum apa2 dah plan nak bukak puasa kat mana.Ngeh ngeh ngeh..

Haaa…. 7hb ni dah roger kawan2 untuk bukak puasa ramai2..Bagus jugak. Dah lama x jumpe teman lama. Gang2 APAcS, aku memang rindu korang!!! Kawan2 ACCA…Kawan2 bukan ACCA…waaa..bagi gegar satu Sunway..Erkkk.. 

 

 

Okay…balik nnt, aku ada plan. Nak pergi ke pengurup wang asing. Mahu tukar wang. Semalam Nana dah tukar RM94 = 250,000 Rupiah. ‘Makcik kayo”..Hoho..Hari ini tak pasti berapa rate nye. Naik atau turun.

Malam pula, aku nak pick Farah kat KL Sentral. Dah lama tak jumpe. Seronok bile dapat bercuti bersama2. Gather ramai2..

2 tahun lepas, pada tarikh yang sama, kita semua pergi PD. Tak pasti kawan2 yang lain ingat atau x, tapi…ingatan itu masih kekal hingga kini. Gembira bersama gadis2 yang sangat menyenangkan. Pengalaman naik banana boat menghidupkan suasana. Puas mandi manda hingga muka macam udang kene bakar. Mula2 tak kisah la..Tapi, petang tu bile sampai Shah Alam…Ya Allah……Pedih sangat.

Bile fikir betapa happy nye masa tu, mula la excited nak berjalan ni. Mak abah ada pesan… STICK WITH FRIENDS bile kat sana.. Ye2…Aku x show off kalau aku syok sangat. Simpan dalam hati..Grrr

Girlssss………………Keje rajin2..Jangan nak malas2..Haha..Mood holiday sudah datang…Keje still on jugak ye!!!

Heater dalam kereta.Nak!

August 26, 2008

H.U.J.A.N.

Bile suasana macam ni, aku rasa lembap. Mendung sepanjang hari. Masa ni, aku rindukan pancaran matahari. Pulak dah… Aku sanggup tak guna air cond dan tutup tingkap bile memandu setiap kali pulang dari ofis sebab.. aku nak rasa panas. ‘Tiba2 teringin kereta yang ada heater’. Haha. Tapi, ini bukan London la..Hanya sekali sekala saja cuaca macam ni.

Dah seminggu..pagi hujan, tengah hari hujan, malam pun hujan.. Malam paling seronok sekali. Dah ada dalam kepompong, susah betul nak keluar pagi2. Ingat..Keje2..Tak boleh pegi lambat.

Minum teh panas dan goreng pisang pun sedap ni… Mentang2 la perut hanya terisi dengan biskut Oreo dan air kosong, fikiran mula la melayang2..Sabar jat..Sabar..Terasa2 nak makan itu..makan ini. Last skali, bile balik rumah, aku cari nasi jugak. Haha. Lapaq nasik la. Kata orang melayu.

Closing time.

August 26, 2008

Awan hitam. Hujan lebat. Aku stuck kat dalam ofis. Payung dalam kereta. Malas nak basah kuyup keluar pegi lunch. Duduk diam2 la. Perut lapar, aku sumbat biskut sudah.

Termangu depan laptop. Baru rasa dapat bernafas masa ni. Buleh ka?

Dulu tak boleh bayangkan closing macam mana. Ye la. Bile Ally cakap dia tgh setelkan untuk closing, aku x peduli pun. Tapi, Buat2 faham. Sekarang, aku baru rasa. Orang lain bergumbira di akhir bulan, sebab dapat gaji, keluar sana sini, aku kalut. Haha. Baru la betul2 tahu keadaan closing. Naaaah. Rasakan.

 

Hari ni dah Selasa. Bahang Bukit Tinggi, Indonesia makin terasa. Kawan2 semua termasuk aku..memang teruja nak belanjakan duit yang penat disimpan selama ini. Macam2 dah list. Tapi, xtau jika sangkaan aku meleset tentang Padang. Tunggu saja bile kaki berpijak di sana.

Yehaaa…

Tiada orang.Di rumah ini!

August 21, 2008

Jam di dinding: jarum panjang di 12, jarum pendek di 10.

Dingin malam ini. Angin sejuk benar2 aku rasa. Seharian mendung dan hujan.

Aku keseorangan. Tiada lagi bunyi yang keluar dari mulut homosapien yang lain. Hanya tinggal aku. Bunyi2 datang dari laptop ini.

Semua keluar meninggalkan aku. Semua punya agenda masing2 walau esok hari bekerja. Tak mengapa. Hanya sekali sekala. Apa salahnya.

Sudah. Ada perkara perlu aku laksanakan. Ye. Aku perlu beredar dari sini. Jumpa lagi bile aku punya masa dan kerajinan untuk menulis.

Menghirup udara segar sambil minum segelas kopi yang enak bersama seorang lelaki yang bakal menjadi kacak..Best kan??….trust me..he’s goin to be the ‘wanted one’..ramai peminat ni..tambah2 dengan skill yang ada dalam diri..enteng membuat orang sekeliling menjadi cair…

Eve call ajak lepak after keje..Bagus jugak.Boleh dinner terus. Tak larat nak kuar banyak2 kali…So, serumah la dinner sama2 di Old Town…

Actually nak attach gambar aku dengan adam..tapi x buleh pulak..penat posing tadi..Nanti la kot2 boleh………..aku taruk kat sini..

Back to HIM

August 20, 2008

Dah 5 hari aku keje kat tempat baru. Banyak aku blaja dalam tempoh yang singkat. Erm. Terkejut!!. Dengan tiba2 aku keluar dari tempat yang selesa. Sedikit tertekan. Tapi aku percaya, ini la masanya aku mahu challenge diri sendiri.

Aku sudah keluar dari kawasan yang selesa. Itu satu kejayaan untuk aku. Cabaran yang kedua, adakah aku akan berjaya menjadikan tempat yang tidak selesa kepada selesa? Aku sahut..Aku akan cuba sedaya upaya.

Ramai orang berdiri di belakang aku dan memberi semangat juga kata perangsang. Mereka benar2 membantu untuk menjadikan diri aku lebih kuat dari masa lalu. Aku seorang di tempat yang aku tidak kenal sesiapa. Aku perlu pandai membawa diri.

Ermm.. Membawa diri bagaimana? Arggh…Perlu lebih bersosial dan ramah tamah dengan semua orang. Bagi mereka yang senantiasa berkomunikasi dengan orang, ini mungkin perkara biasa. Perlu lebih agresif dan juga alert dalam segala hal. Analytical thinking…aku nak cari celah mana??? Hmmmpphh

Aku fikir kehidupan aku bagai tidak terurus. Dengan berita yang tidak menyenangkan aku terima 2 hari lepas, membuat kan aku lebih tertekan. Apa yang aku perlu lakukan? Mana satu yang menjadi keutamaan? Bagaimana aku mahu membuat pilihan? Terlalu banyak soalan dan terlalu banyak jawapan. Aku keliru.

Akhirnya, hanya SATU jawapan. Hanya DIA yang boleh menenangkan aku. Hanya padaNYA aku memohon JAWAPAN. Hanya DIA yang tahu apa yang baik untukku, hamba yang penuh kekurangan. Moga KAU permudahkan jalan……………..

The Weakness in me

August 16, 2008

 

It is a sad song..About ex-lovers who are not together anymore, but love each other naturally.

On my way home y’day, layan pulak lagu ni. 3 kali aku repeat.. Memang layan. Sedey seh..

 

The Weakness in me by Keisha White

I’m not the sort of person
Who falls
In and quickly out of love
But to you I gave my affection
Right from the start

If I have a lover
Who loves me
How could I break such a heart
Yet you still get my attention
Right from the start

Why do you come here
When you know I’ve got troubles enough
Why do you call me
When you know I can’t answer the phone

Make me lie
When I don’t want to
And make someone else
Some kind of an unknowing fool
You make me stay
When I should not
Are you so strong
Or is the weakness in me

Why do you come here
And pretend to be just passing by
But I need to see you
And I need to hold you
Tightly

Feeling guilty
Worried
Waking from tormented sleep
This old love has me bound
But the new love cuts deep

If I choose now
I’ll lose out
Cuz one of us has to fall
I need you
And you

Why do you come here
When you know I’ve got troubles enough
Why do you call me
When you know I can’t answer the phone

You make me lie
When I don’t want to
And make someone else
Some kind of an unknowing fool
You make me stay
When I should not
Are you so strong
Or is the weakness in me

You make me lie
When I don’t want to
And make someone else
Some kind of an unknowing fool
You make me stay
When I should not
Are you so strong
Or is the weakness in me

Why do you come here
And pretend to be just passing by
When I need to see you
And I need to hold you
Tightly

Pecah rekod aku. Selama ini, bile aku balik rumah, aku masih mampu lagi buat macam2 benda walaupun aku tak buat pun sebab malas dan rasa ada banyak masa. Ye la. Aku balik awal sangat walaupun nama keje audit. Tapi, hari ini, bile aku sampai rumah terus aku rasa lemah ya amat. Kaki macam tak larat nak pijak tangga. Sukar..sukar..

Tadi macam takde mood langsung nak layan laptop ni. Baik aku tido. Korang rasa aku boleh tdo ke kalau aku dah menulis blog ni? Huh. Aku dah landing baik punya tapi aku tak boleh lelap jugak walau pun aku memang rasa penat.

Ni aku terbayang bapak aku. Bile balik keje, dia selalu baring kat depan tv kejap, then baru pegi mandi. Penat sungguh.. Sekarang ni baru aku rasa. Aku buat apa yang bapak aku buat la. Tapi keje dia lagi susah. Masuk workshop. Suasana bising. Duduk di bawah pancaran matahari yang terik. Berpanas2. Itu mak cakap la. Aku pun tak tahu apa yang bapak aku buat sebenarnya. dia cakap pasal keje dia pun aku tak faham sangat. Basic nye menembak dan kapal. Tak kisah la , yang penting, besar pengorbanan dia. Ni kes semalam ar. Kan tengok movie, The Mummy. There’s one part yang buat aku betul2 tersentuh. Owwhhh… Kalau ibu bapa anda sudah tiada macam mana??? Aku jemmm……Aku tak sedia lagi. Aku rasa sesak nafas ni. Adei..Aduh. Sakit.. Aku rasa macam tak boleh nak terima.

Masa ni la aku rasa nak balik rumah. Jumpe bapak aku. Lagi sekali aku jadi homey person. Lantakla. Aku punya pasal. Aku nak jumpe bapak aku sekarang. Tak boleh???. Fine. Aku rasa nak cakap dengan bapak aku. Skang dah pukul baper. Tak sampai hati nak kacau dia. Dah tdo kot. Tak boleh jugak?? Fineeee… huhu

Entry ni aku nak cakap betapa penatnye aku. Alih2 pasal bapak aku. Sukatila. Kata ni blog aku. Mana ada prosedur dan undang2 yang aku kene ikut.

 

Ija sayang Abah

Mimpi malam ini…Aku nak mimpi bapak aku!!.

 

Selamats semua.Untuk yang rajin baca blog aku nih.

Fullamaaaakk.. Memang layan kalau makan bertih jagung dengan air bergas bile tengok wayang. Di saat2 mata khusyuk melihat skrin yang sangat besar (The Mummy nama tajuk wayang itu), tangan berulang2 masuk ke dalam kotak yang berisi bertih jagung dan dikeluarkan lalu terus disumbat ke dalam mulut sendiri. Entah berapa banyak kali perkara yang sama di ulang sampai mulut tak larat mengunyah. Bile pergerakan ini di ulang2, ia akan menjadi bosan. Lepas tu aku malas nak buat perkara yang sama. Aku offer kat pasangan menonton wayang aku tapi dia tak makan bertih jagung. Fine…aku offer pada teman2 aku dan juga pasangan mereka tapi bertih jagung itu hanya di pandang dengan ekor mata sahaja. Bertih jagung aku peluk sampai penghujung cerita. Sekali sekala aku sumbat dalam mulut. Bertih jagung ada lagi. Tapi aku tak boleh habiskan. Sayang…sayang.. 

Apehal makan bertih jagung pada malam pertama aku bekerja di tempat baru? ‘Baik’ punya kawan2. Aku mahu rehat dirumah sahaja tapi korang terlebih entertain kan aku. Tahulah hari ini Rabu jadi tiket wayang harganya murah sedikit. Beginilah cara mahu menjimatkan duit jika tetap mahu berhibur.

Teman2 dengan pasangan mereka. Tapi aku tidak punya pasangan. Encik Smiley pegi makan dengan mak dia. Jadi macam mana mahu jumpa dua orang dalam masa yang sama bukan? Aku tetap mahu menonton wayang sebab aku taknak duduk sorang2 dirumah waktu malam. Eeeee.. Tak suka!. Jadi, aku dengan Eve jadi satu pasangan. Perempuan dengan perempuan. Haha.

Hari ini hari pertama di tempat baru. Aku cuak pun ada. Teruja pun ada. Tak sabar2 pun ada. Risau pun ada. Uish. Rasa macam2 pulak. Aku harap aku cepat catch up. 3hari ni kene blaja banyak benda baru. Ye2. Usaha!!!

‘Woih. dah pukul 11.20. cakap nak tido awal tadi’. Ingat senang ke nak tdo awal sebab dah biasa tdo lambat??? Jemm.. Ingat senang ke nak bangun awal sebab dah biasa bangun lambat? Lagi ar jem!!!

Mata aku yang sepet ni masih bulat. Bulat ke? Sukati aku la nak describe mata aku macam mana walaupun mata aku sepet sampai bile2. Mungkin dengan sepinggan megi goreng cap indomee yang aku makan tidak mampu membuatkan aku mengantuk. Sekadar mengisi perut yang berkeroncong sejak awal malam.

Sekarang, aku NAK TDO!!

Mungkin aku perlu baring, baca doa tdo (bukan dengar org bacakan doa tdo untuk aku) dan kemudian pejam mata rapat2, kosongkan fikiran sampai aku terlena hingga subuh hari di bawah kepompong biru yang ada muka flinstones. Kalau tak boleh tdo lagi macam mana? Aku akan bayangkan anak kambing biri2 yang melompat pagar dari satu hingga …… sampai aku tidak boleh kira. Maknanya aku mesti sudah lena dan tidak ingat berapa anak kambing yang telah aku kira. Merapu apa aku tulis ini. Aku kena tdo. Tanda2 awal yang aku harus tdo telah ditunjukkan oleh ke’merapu’an aku.

 

Semoga malam ini aku mimpi indah2.

Goodnite. Wish me luck untuk esok!